Saturday, May 9, 2015

SELAMAT HARI IBU!!
Kali ini IAN akan berikan sebuah cerpen khas untuk ibu....

                                    Kasih yang pergi!
    “Ibu!ibu” panggil danish melihat ibu yang baru turun dari bas kilang yang berhenti dihadapan rumah mereka. Baik sungguh pakcik bas yang sanggup berhenti di hadapan rumah. Haniza yang baru turun segera terpandang wajah comel anaknya yang berusia 5 tahun. Danish segara berlari mendapatkan ibunya.
   Danish memeluk kuat ibunya. Memang inilah rutin harian Daanish setiap kali Haniza balik pada petang. Namun kalau malam atau pagi dia akan tunggu dihadapan pintu sampai tertidur. Malah jika dikalih akan terjaga dan menangis akhirnya akan dibiarkan sahaja di hadapan pintu.
    Haniza memeluk kuat anaknya yang comel ini, sambil matanya melilau sekeliling  mencari anak lelaki sulungnya, izzuddin yang berusia 12 tahun.  Bagi Haniza anak-anaknya adalah segala-galanya.  Haniza dikurniakan dua cahaya mata, keduanya lelaki.
   Walaupun usia perkahwinannya dengan bekas suami, Hakim dapat bertahan hanya 13 tahun. Haniza tidak pernah mengeluh dengan apa yang terjadi walau dia terpaksa bersusah jika ia demi anak-anaknya. Kasihnya pada anak-anaknya melebih segalanya. Dia tinggal bersama ibu dan ayahnya.
   “anish mana along?”soal Haniza. Dia mendukung anaknya kemudian berjalan masuk ke rumah. Danish mengeleng tak tahu.
   “kenapa tak tahu pula? Along pergi kebun dengan Tokwan tak ajak anish ye?sebab tu anish marah” ujar Haniza. Danish tidak menjawap tapi tersenyum. Tak lama kemudian Danish menjawap.
    “Kalau anish ikut along, siapa nak tunggu Ibu” penuh kepelatan Danish menjawap.
   “ala anak ibu ni, baik sungguh hatinya ye, sayang sungguh Anish pada ibu” dia mengucup pipi dan dahi Danish. Danish memeluk ibunya kuat.
  “mestilah, ibu harini kan Tok masak sedap.” Haniza meletakan Danish disofa. Tudungnya di buka kemudian dia duduk disebelah anaknya.
   “Tok masak apa sayang?” soal Haniza
    “ayam yang bubuh daun kari tu ibu, lepas tu ayam upin dan ipin.. sedap ibu jom kita makan lagi” ajak Danish. Haniza tergelak apabila anaknya tidak tahu jenis masakan. Yang pastinya ayam yang bubuh daun kari tu mesti kari ayam manakala ayam upin dan ipin mesti paha ayam goreng. Melihat telatah anak kecil telah menghilangkan segala kepenatan seharian bekerja.
   “anish.. jangan kacau ibu, ibukan baru balik dari kerja. Anish dah banyak makan harini. Nak makan lagi ke?” soal Tok datang dari dapur dengan segelas air masak ditangan. Air masak dihulur kepada anaknya yang keletihan. Kesian melihat anaknya yang sudah setahun berpisah dengan suami. Ibu  mana tak sedih melihat dugaan anaknya.
   “ibu tak perlulah nak sediakan air pada niza. Buat penat ibu saja. Dah seharian tolong jaga anak niza. Patutnya Niza yang ambilkan air untuk ibu bukannya ibu.”ujar Haniza yang bersalah melihat keperihatinan ibunya terhadapnya. Baginya sudah cukuplah ibunya bersusah membesarkannya selama ini. Mulannya selepas berpisah dia ingat nak terus tinggal saja di Kuala Lumpur namun tanpa suami dia tak boleh nak tampung kehidupan mereka anak beranak. Ayahnya, fadzil yang menyuruhnya pulang.
    “ala kamu ni. Mari kita pergi makan dulu. Kami semua dah makan lepas Zohor tadi.”ajak ibunya.
   “nanti jelah ibu, ibu.. mana Along dengan Ayah?”soal Haniza yang pelik tak nampak kelibat ayanh dan anak sulungnya, Izzuddin.
   “betul tekaan ibu. Kamu cari anak kamu yang sulungkan, Iz dangan Ayah kamu pergi pekan sekejap. Entah apa nak dibelinya.
   “ohh..ye ke? Tak apa lah macam tu. Niza masuk bilik kejap nak mandi.” Ujar Niza meminta diri kemudian air masak yang dibawa ibunya diteguk habis dan terus dibawa ke dapur. Danish hanya mengikut haniza dari belakang. Keluarga Haniza memang tiada masalah dalam kewangan lantaran ayahnya yang memilik banyak tanah, malah dia anak tunggal. Kalau Niza tak nak bekerja pun tak apa,Namun dia memang dari dulu suka berdikari. Cuma silapnya dulu dia tak belajar bersungguh-sungguh dan gatal nak kahwin awal. Mungkin ini padahnya tapi bagi dirinya ini semua satu hikmah. Jika dia tak kahwin pasti dia tak ada anak-anak yang sangat baik.



    “Assalamualaikum” laung Izzuddin dari luar. Tangannya sarat dengan plastik. Salam dijawap dalam hati. Haniza yang sedang makan terhenti dan segera bangun ke arah anaknya dan ingin membantu namun dihalang Izzuddin.
   “ibu pergilah makan, inikan kerja lelaki.” Ujar Izzuddin dengan lembut. Haniza terdiam dan senyum lebar. Dia segera duduk semula dan menyambung kembali makan. Izzuddin meletakan barang tersebut di meja dapur. Dia duduk di sebelah ibunya. Izzuddin memang suka melihat ibunya makan. Tenang dan tidak berbunyi. Waktu ibunya makanlah waktu yang paling senyap. Bagi Izzuddin ibu wanita yang sangat tegas dalam setiap perbuatannya. Malah ibu banyak menasihati dia dalam setiap perkara. Teguran ibu tak pernah menyakiti hatinya malah dia senang. Dia terlalu sayang akan ibunya.
   Haniza mengambil lauk sambal udang, kulit udang dikopesnya kemudian dia menyuap isi udang kepada Izzuddin sambil tersenyum. Izzuddin terkejut namun mulut tetap menyambut udang itu. Mereka makan tanpa bunyi dan penuh kasih sayang. Usai makan, Izzuddin mengambil semangkuk air basuh tangan untuk ibunya. Kemudian pingan diangkat ke dapur dan dibasuh oleh Izzuddin. Meja makan dikemas Izzuddin, Haniza berlalu ke ruang tamu. Haniza tak pernah suruh tapi ini kerelaan anaknya sendiri. 
   Diruang tamu  haniza duduk disofa menonton siaran di televisyen. Danish sudah lama diulit lena. Kepala Danish dipangku di atas peha Haniza. Izzuddin duduk di permaidani sambil mengulang kaji mata pelajarannya.
   “izz” panggil ibunya. Izzuddin memandang ibunya. Pelik dengan panggilan ibunya. Dah lama tak dengar ibu memangilnya Izz? Kali terakhir masa umurnya 8 tahun.
    “ya ibu” jawap Izzuddin. Dia menhentikan perbuatannya.
    “mari sini. Duduk di sebelah ibu sayang.” Ajak Haniza. Izzuddin duduk di sebelah Haniza. Danish disebelah kiri masih tidur dengan nyenyak.
   “Izz, rindukan baba?” soal Haniza. Izzuddin tak menjawap dan hanya menunduk kepalanya. Anak  mana tak rindukan Ayahnya. Haniza yakin pasti anaknya rindukan ayahnya. Malah sebelum mereka berpisah pun Izzuddin sangat rapat dengan Babanya. Haniza perasan akan perangai anaknya yang semakin pendiam . dahulu Izzuddin seorang yang periang dan banyak ketawa. Namun selepas perpisahan dia dan suaminya, Izzuddin semakin pendiam dan banyak bersendirian. Anaknya tak banyak membantah membuatkan hati ibunya senang namun dia menjadi susah hati melihat anaknya tak banyak tersenyum.
    “izz marahkan Baba?” soal Haniza lembut. Apabila memasuki soal hati, ia perlu selembut yang mungkin tambah pula Izzuddin mangsa penceraian.
    “tak ibu, Izz tak pernah marahkan baba. Cuma Izz terkilan sebab baba tak pernah nak jumpa Izz. Dah setahun ibu, Izz Cuma takut nanti Izz lupa wajah Baba.”jujur luahan hati Izzuddin. Betapa dia merindukan Babanya. Baba terlalu rapat dengannya berbanding ibunya. Malah setiap kali dia balik sekolah dulu Baba yang dicarinya dulu. Adakah Baba dah ada anak yang lain?hatinya memberontak namun dia hanya mendiamkan diri.
   “maafkan ibu sayang, sebab ibu tak berikan izz keluarga yang bahagia. Maafkan ibu jika tak bertahan lama demi anak-anak ibu”  tutur sedih Haniza yang sangat kecewa.  Dia agak terkejut akan luah Izzuddin selepas setahun perceraian dia dan bekas suaminya.
    “ibu tak salah pun. Baba pun tak salah. Tok kata ini semua dugaan Allah. Dia sayangkan Izz sebab itu dia bagi Izz membesar tanpa kasih sayang Baba. Mesti ada hikmah” Izzuddin cuba menceriakan hati ibunya yang semakin sedih. Dia tak suka ibunya sedih. Tok banyak nasihatkannya dalam hidupnya. Terutama dalam menjaga hubungan dengan Allah.
    Haniza merasakan dia bercakap dengan budak berusia 20 tahun.  Sungguh matang percakapannya, mungkin ini hikmah yang Allah kurniakan. Anaknya matang sebelum waktu. Sekurang-kurangnya dia sempat melihat kematangan anaknya. Haniza tersenyum lebar. Hati ibunya puas melihat pembesaran Izzuddin. ‘Ya Allah, berikanlah kasih sayang kepada anakku, berikanlah kekuatan kepadanya dan ampunilah dosanya Ya Allah. Terima kasih Ya Allah kerana berikan aku anak yang soleh, amin’ doa Haniza dalam hatinya.
    Wajah anak keduanya, Danish yang sedang tidur kadang-kala bergerak sikit dipandang lama sebelum mengucup dahi Danish lama. Kesian Danish yang masih kecil berusia 5 tahun sudah ditinggal Ayah. Waktu itu Danish berusia 4 tahun. Pada mula perpisahan mereka Danish selalu merengek mencari Babanya, setiap malam pasti menangis kerana babanya tidak menidurkannya dulu. Haniza pun kurang pasti kenapa bekas suaminya Hakim ingin bercerai. Tiada ribut, tiada angin Hakim ingin mencerikannya. Katanya dia nak kahwin lain. Malah dia terlalu mencintai perempuan itu.
   Dia tak tahu apa kekurangnya, namun dia pasrah kehendak suaminya. Akhirnya diceraikan dengan talak satu. Sampai sekarang dia tak pernah jumpa bekas suaminya. Malah tiada kiriman nafkah. Dia tak kisah asalkan hak penjagaan anak-anak jatuh ketangannya. Dia tak kisah malah halalkan segalanya.
      “Izz kalau ibu minta sesuatu Izz boleh tunaikan?”soal Haniza penuh berhati-hati. Izzuddin mengangguk perlahan. Haniza merapatkan tubuh anaknya dengan dirinya.  Dahi izzuddin dikucup perlahan dan lama seakan tak mahu berpisah dengan anak-anaknya.
      “kalau suatu hari nanti, ibu dah tiada bolehkah Izz jaga adik dengan baik, didik dan tegur dengan keikhlasan. Bolehkah anak ibu ini menjaga kedua atuk dan nenek dengan penuh ketaatan. Bolehkah anak ibu memaafkan babanya?” izzuddin hanya memandang wajah ibunya. Dia tak faham. Memang setiap kali ibunya rehat diruang tamu dia akan buat kerja sekolah. Tapi tak pernah dia merasakan perasaan seperti ini.
   Entah mengapa sayu hatinya bila meminta anak sulungnya sebegini tapi dia perlu! Jodoh, maut  Allah tentukan, kita tak tahu bila.
      “ibu jangan risau Izz akan ikut pesanan ibu. Ibu jangan tinggalkan Izz ye.  Biar baba tinggalkan Izz tapi ibu tak boleh. Izz perlukan Ibu, adik pun perlukan ibu.” Izzuddin memeluk erat Haniza. Izzuddin terlalu sayang akan ibunya. 
    “Izz janji tau. Seorang lelaki perlu penuhi janjinya, barulah dipanggil lelaki. Jangan ditangis pemergian seseorang sebaiknya tadahlah tangan doalah agar kita redha pemergian orang yang kita sayang.”tegur ibu lagi.   
  “ibu” terus dia mengetatkan lagi pelukannya, seakan tak mahu ibunya kemana pun.  Haniza hanya tersenyum. Danish terjaga kemudian dia memeluk mereka berdua. Tangan mungil yang comel itu cuba nak peluk keduanya namun apakan daya tak cukup besar. Dia sepertinya nak melindungi along dan ibunya. Haniza dan Izzuddin tertawa kecil kemudian mereka memeluk Danish.




 Telefon bimbit Haniza berdering. Haniza yang sedang bersiap nak ke kerja pantas menyambut panggilan tersebut. Sempat juga melihat pemanggil di skrin kaca. Nombor private! Bos ke?
   “Assalamualaikum” suara pemanggil memberi salam. Haniza seakan kenal suara ini tapi dia tak ingat.
   “waalaikumusalam”jawap Haniza walau tak kenal si pemanggil.
    “ Hani!” Haniza terdiam tambah terkejut. Suara ini memangilnya Hani. Hanya seorang saja dalam dunia ini yang panggilnya Hani iaitu bekas suaminya, Hakim.
   “Hani! Hani ke ni? Ni abanglah”
   “Abang? Ni encik Hakim ke?” jawap Haniza. Baginya panggilan Abang hanya untuk suaminya. Lama Hakim terdiam, mungkin terkejut akan perubahan drastik Haniza.
  “ye ni saya” jawap hakim agak termalu sikit.
   “ada apa Encik Hakim?” soal Haniza agak terkejut. Selepas setahun ini kali pertama dia berjumpa. Entah apa mimpi dia menghubungi aku’ monolog dalaman Haniza.
   “boleh tak kalau kita jumpa? Sebab saya ada hal penting nak bincang.”
   “berkenaan apa ye Encik Hakim?”soal Haniza. Bukan apa kalau soal hati dia dah malas nak jumpa, baginya itu kisah lama. Buat apa lagi nak jumpa. Atau mungkin dia nak jumpa Izzuddin dan Danish! Mesti dia nak jumpa. Alhamdulilah.
  “saya nak bincang hal Anak-anak” serius Hakim menuturkan. Tanpa berfikir dia terus setuju.
   “baiklah” setelah memberi persetujuan. Haniza menyuruh Hakim menjemputnya di kilang. Sebelum pergi ke kerja, dia mencium pipi Danish dan Izzuddin. Malah kedua tangan ibu dan ayah dicium lama malah dia meminta maaf dan halalkan makan minumnya. Ini apa yang diajar ibu dan ayahnya Seperti kebiasaannya dia hanya mencium tangan tapi hari ini dia nak buat lain sikit. Kedua dahi orang tuanya dikucup perlahan. Dia terus keluar.
   Usai kerja, dia menunggu dia hadapan kilang. Menanti kedatangan bekas suaminya. Tak sampai sepuluh minit, kereta vios berhenti dihadapannya. Tingkap diturunkan tersembul wajah bekas suaminya tersenyum.
   “masuk” tanpa lengah lagi dia terus masuk. Lama berdiam malah masing-masing agak kekok.
   “hani sihat?”soal Hakim. Haniza hanya menganguk perlahan.
   “apa yang Encik nak jumpa saya?”soal haniza agak serius. Hakim mengeluh, dia berasa tidak selesa dengan panggilan Encik.
  “Hani tolong jangan panggil abang Encik, abang tak selesa. “keluh Hakim. Haniza hanya tersenyum
  “encik ingat saya tak selesa ke?setahun tak timbul tiba-tiba timbul” soal Haniza. Hakim hanya menahan perit. Memang salah dia tapi apakan daya Sufi mengalami alahan mengandung yang teruk. Dia nak pergi kerja pun susah. Memang dia ada janji dengan Haniza yang dia akan jenguk anak-anak mereka sebulan sekali,dan dia rasa bersalah.
  “maafkan abang, Sufi dia tak sihat” pendek hakim berikan jawapan. Haniza memandang wajah Hakim lama kemudia dia menunduk. Hanya Allah saja tahu betapa pedihnya perasaannya. Hatinya seperti dirobek-robek dengan pedang yang paling tajam didunia. Air matanya menitis tanpa disedari hakim. Cepat-cepat dia mengelap air matanya.
    “ada apa nak jumpa?”  haniza mengalih topik.
    “abang nak hak penjagaan anak-anak” ringkas sahaja namun ia membuatkan Haniza berpaling ke arah wajah Hakim lama. Susah dia nak faham apa sebenarnya yang Hakim nak kan! Penjagaan anak? Anak yang setahun dia tak jumpa?tak belai? Kalau tak boleh jumpa telefon kan ada! Sibuk sangatkah Hakim. Bukankah Sufi segalanya?malah sufi mesti dah lahirkan anak untuk Hakim, jadi apa perlunya Izzuddin dan Danish.
     “Hani dengar tak?bagi abang peluang pula jaga mereka. Lagi pun Hani boleh cari kehidupan baru tanpa anak-anak. Abang kesian dengan Hani” Hakim seolah tiada perasaan apabila meminta hak penjagaan anak. Sedangkan dia tahu Haniza adalah ibu kandung Izzuddin dan Danish.
    “apa yang awak merepek ni? Kehidupan baru? Awak sedar tak bila kita bercerai itu adalah kehidupan baru bagi saya. Dan saya cukup bahagia bila awak tak mengangu hubungan saya dan anak-anak.”tegas Haniza berkata. Dia tak kisah kalau Hakim nak apa pun tapi bila hakim nak anak-anak dia tak boleh. Itulah satu-satunya harta yang dia ada. Dia tak akan biarkan anak-anaknya tinggal bersama ibu tiri yang belum tahu suka atau tidak, malah dia belum pernah jumpa wanita itu.
    “hani, cuba dengar abang nak cakap apa dulu. Abang rindukan anak abang.”sedih suara Hakim namun Haniza tergelak.
    “rindu? Awak tahu tak maksud rindu tu? Setahun tau?saya tak kisah apabila awak tak pernah bagi saya nafkah tapi yang saya kisah selama setahun awak tak jumpa mereka, awak ingat mereka kecil mereka tak ada perasaan ke? Awak ingat Izzuddin tak rindu kan awak ke? Setahun awak biarkan mereka sepi tanpa kasih sayang awak.. dan kini awak datang nak ambil mereka!”
   “awak tahu tak Izzuddin dah tak macam dulu lagi, dia pendiam dan tak banyak ketawa. Susah saya nak tengok dia ketawa lagi. Danish pula, kalau dulu siang malam menangis mencari awak. Tapi ada awak datang jumpa mereka? Dan kini awak datang nak berikan mereka kasih sayang!” bergugur air mata Haniza mengenangkan dugaan anak-anaknya. Apalah salah mereka berdua yang masih tak tahu apa! Ya Allah kesian anak-anakku.
    Hakim terdiam dan hatinya menjadi sayu mengenangkan perbuatannya. ‘maafkan baba sayang, baba lupa akan hatimu Izzuddin’ dia tahu dia buat keputusan yang salah. Tapi apakan daya kerana penzinaannya dengan Sufi membuatkan dia terpaksa menceraikan Haniza. Ya Allah aku berdosa, kalaulah aku tak ikut nafsu pasti aku bahagia dengan Haniza dan anak-anakku’ tapi dia terkejut bila Haniza cakap Nafkah tak diberi padahal setiap bulan dia menyuruh Sufi memasukan sejumlah wang kedalam akaun Haniza. Sufi! Sufi! Dia mengeleng dengan sikap isterinya itu. Balik nanti dia akan uruskan hal Sufi.
     “saya tak setuju akan cadangan awak! Awak kan dah ada anak dengan Sufi, saya tak nak nanti anak saya jadi bebanan untuk isteri awak jaga pula nanti.” Setelah keadaan reda barulah Haniza cakap. Itupun setelah mereka sampai di hadapan Pantai Pengkalan Balak. Kerusi kayu yang disediakan diduduki oleh Haniza. Hakim hanya berdiri di sebelah mengadap laut.
  “anak saya dengan sufi dah tak ada, dia dah meninggal semasa dilahirkan, mungkin ini balasanya.” Perlahan Hakim menjelaskan. Haniza serba salah, kesian Sufi mesti dia sedih akan kematian anaknya. Memang cerita Hakim sedih tapi dia tak akan berikan hak penjagaan anak-anak pada Hakim.
   “Encik. Saya minta maaf sebab dah ingatkan encik pada arwah.” Hakim hanya mengeleng menandakan dia tak marah.
   “encik, dalam hidup saya ni hanya ada anak-anak dan ibu ayah saja. Kalau encik ambil anak-anak saya ibarat encik ambil hati saya. Cukuplah encik biarkan saja kami. Kalau encik rindu datanglah jumpa mereka, bawa tidur sehari dua pun saya tak kisah tapi untuk mengambil terus saya tak setuju. Mereka harta yang saya ada. Ia terlalu berharga untuk diserahkan. Malah encik masih ada dalam hidup mereka walaupun tiada dalam hidup saya. Malah encik masih ada kuasa keatas mereka Cuma biarkanlah mereka dengan saya” panjang lebar Haniza meluahkan. Hakim hanya memandang dan mengangguk setuju. Kesian pula dia melihat wanita setabah ini. ‘maafkan abang Hani’
    Setelah berbincang, Hakim menghantar Haniza pulang sekali nak berjumpa anak-anaknya. Mereka hanya diam dalam kereta.
   “maafkan Abang”
   “hani dah lama maafkan Encik” ikhlas Haniza memaafkan Hakim. Hakim memandang wajah Hani lama. Dia dapat rasa ikhlas namun dia tahu untuk wanita ini sangat terluka. Dia lupa yang dia sedang memandu.
   “hakim!” jerit Haniza. Hakim memandang hadapan waktu itu kereta sudah dijalan yang salah. Kereta dihadapan memberi lampu isyarat Haniza terus memusing stereng supaya tak melanggar kereta tersebut.  Kereta mereka terus meluncur laju masuk ke hutan. Difikiran Haniza hanyalah anak-anaknya. Ya Allah sakitnya. Gelap.



    Izzuddin membersihkan wajah ibunya yang koma akibat kemalangan tersebut. Sudah empat hari ibu berada di wad ICU. Dia membersihkan badan ibunya dengan penuh hati-hati dengan bantuan Jururawat disisi. Ini permintaan Izzuddin supaya dapat menjaga ibu yang dalam kesakitan. Sudah 3 hari dia tak tidur kerana menjaga ibunya.
      Selesai membersihkan ibu, jururawat memintanya keluar. Dia hanya mendiamkan diri. Langkahnya diaturkan ke surau. Air wudhu diambil dengan air mata yang berlinangan. Penuh tertib dan lemah lembut. Sejadah dihampar kemudian dia mendirikan solat asar dan solat sunat. Menitis air matanya apabila takbir. Selesai solat, tangannya diangkat sambil  mata memandang keatas.
   “ Ya Allah, Ampunilah dosa ibuku, panjangkanlah usianya. Berikanlah aku kesempatan nak jaga ibu. Berikanlah aku waktu nak berbakti padanya. Sebagaimana dia melahirkan aku, menyusukan aku, membesarkan aku. Sebagaimana dia menyuci najis ku ketikaku tak berdaya. Tolonglah ya Allah. Ambillah nyawaku. Kuatkanlah ibuku Ya Allah.
   Ya Allah hambamu  mohon  janganlah  kau ambilnya. Aku terlalu sayang akan ibuku. Dia terlalu bermakna untuk kami. Aku terlalu sayang akannya. Ampunilah dosaku dan dosa ibuku Ya Allah” Izzuddin tak mampu meneruskan lagi. Tersedu-sedu dia  menahan tangisan. Betul dia tak mampu nak membendungkan lagi kesedihan hatinya. Hakim yang melihat di tepi pintu menangis melihat Izzuddin. ‘Ya Allah, selamatkanlah ibu anak-anakku. Hakim hanya cedera ringan.
  Malam itu, Izzuddin tertidur di atas kerusi yang disediakan dihospital. Dia memang tak nak balik. Dia nak tunggu sampai ibunya sedar. Izzuddin sedar namun dia dia tak berada di hospital tapi di rumah lama mereka dengan Baba. Dia melihat Danish sedang bermain dengan baba diluar rumah. Terdengar ibu sedang mengoreng sesuatu di dapur. Dia pergi ke dapur melihat ibu sedang mengoreng bihun sambil tersenyum manis kepadanya. Dia membalas senyumannya. Terdengar bisikan ‘ingat janji’.
    Izzuddin terus tersedar dari tidur kerana melihat Baba yang sedang membetulakan tidurnya. Dia hanya membiarkan lantas tertidur sampai siang. Keesokannya masa  subuh tok menyuruhnya pulang untuk kesekolah. Dengan akurnya dia kesekolah. Teringat janji dengan ibu’ dia taat.
    Selepas tamat waktu persekolahan, Baba menjemputnya. Semasa memasuki perkarangan rumah, dia menjadi sebak melihat orang yang ramai. Serta merta kolam matanya bergenang hingga dia tak nampak. Setitis. Dua titis. Akhirnya dia menangis teresak-esak. Tangan menutup muka. Sambil memanggil “ibu”
    Hakim hanya mengelap air mata yang jatuh. Kereta dah lama berhenti namun Izzuddin tak keluar lagi. Dia terlalu sedih. Pintu kereta dibuka perlahan. Langkah kaki dibuka perlahan. Van  jenazah di hadapan rumah dipandang. Dia tahu apa maknanya. Ibu!ibu! jerit hatinya. Dia masuk rumah kemudian melihat sekujur tubuh yang tidak bernyawa ditengah rumah. Air mata yang mengalir ibarat hujan yang lebat dibiarkan. Tok,Tokwan hanya membaca Surah Yassin. Tokwan hanya mengelap Air Mata namun Tok tersedu-sedu menahan air mata. Danish pula hanya berbaring disebelah ibunya dan memeluk kuat. Ramai sungguh yang hadir. Dan Izzuddin pula..
   Dia mengambil surah yassin lalu membaca perlahan. Betapa sedihnya hati ini hanya Allah yang tahu.
   ‘ibu kenapa ibu tak kuat?kenapa ibu sanggup tinggal kami adik beradik. Kenapa ibu tak bertahan walau sekejap. Kenapa ibu tak bagi Izz peluang nak sayang dan berbakti pada ibu. Pada siapa lagi Izz nak dapat kasih sayang? Ibu! Oh ibu! Izz rindukan ibu’ lembut alunan suara izzuddin. Mereka yang lain hanya mampu memandang. Allah lebih sayangkannya.
   Air bunga dijag hanya disiram di atas kubur arwah Haniza. Setelah talkin dibaca semua pergi kecuali izzuddin. Danish hanya meraung dan mencuba mengorek kubur namun dihalang Hakim kemudiannya Danish dibawa pulang hakim ke rumah. Tangan izzuddin diangkat  sambil matanya memandang langit. Dia tahu Allah sentiasa ada untuknya.
    “Ya Allah Aku redha kalau ini yang tertulis. Ya Allah ampunilah dosa ibuku, haramkanlah wajahnya dari api nerakamu, tempatkanlah ibuku dikalangan orang yang beriman amin.”doa Izzuddin kemudia bangun berjalan pulang.
   ‘ibu, Izz akan sentiasa ingat janji kita berdua. Izz akan jaga adik baik-baik. Ibu jangan risau. Ibu nanti tunggu Izz tau. Izz rindukan Ibu sangat-sangat. Izz yakin semua ini pasti ada hikmahnya. Hatinya terus kuat demi arwah ibu.
   Bukan semua  orang  ada ibu dan ayah, bukan semua orang dapat kasih sayang dari ibu dan ayah, bukan semua orang! Walau  masa itu ringkas, sekejap tapi ia berjalan.oleh itu, Hargailah ibu dan ayah anda. Takut nanti suatu hari nanti tiada lagi penasihat tegar.


          by IAN PRECIOUS* 

Thursday, May 7, 2015



LUAHAN HATIKU

Persahabatan

Pershabatan ibarat isi dan kuku

Yang tidak akan berpisah dek kehidupan

Yang akan dilalui oleh setiap insan di muka bumi Allah

Persahabatan ibarat akar dan tanah

Yang akan bersama perjuangkan kehidupan

Yang akan sama berganding bahu

Namun Allah sentiasa menguji hambanya

Dengan melalui beberapa dugaan terjatuh persahabatan yang dicipta

Terkandas di laluan sesat,tercari-cari persahabatan yang benar

Persahabatan yang murni,yang memahami,yang sayang

Bukannya meletak kan pesahabatan hanya pada waktu susah

Dan bukannya persahabatan yang hilang pada waktu susah

Namun yang pasti,persahabatan adalah wujud

Yang wujud namun hilang bila susah dan senang bersama teman yang lain