sudah lama menyepi diri, kini IAN rasa ingin menulis semula..
sekarang IAN baru sahaja habis belajar. jadi, IAN sekarang terumbang ambing. ibarat pelampung di tengah lautan.. nak kerja? atau nak belajar lagi?
kerja?? mungkin! IAN cuma berharap dapat yang terbaik...amin
Lepas ini IAN ingat nak fokus kepada menulis BLOG
Harap dapat buat yang terbaik amin
Oleh: IAN
masa, sering kita berkata masa namun jarang kita menghargainya. bila ia melewati barulah timbul rasa penyesalan. syukurlah dengan apa yang ada
Monday, January 8, 2018
IMPIAN
Impian
adalah sesuatu mimpi yang boleh digapai oleh manusia. Mimpi yang indah. Setiap
manusia mempunyai impian termasuk aku. Kebanyakan impian manusia semuanya
hebat-hebat belaka. Impian ke bintang juga ada. Tapi impian aku tidakalah
sehebat mereka, hanya biasa sahaja. Impian aku sering tidak dianggap hebat jika
ada yang bertanya akan impianku. Malah mereka akan mengejek impian aku
mengatakan impian aku hanya impian sahaja. Tapi aku tak pernah terasa akan
penghinaan mereka kerana aku sering berpegang teguh akan nasihat ibu.
Kata ibu,
setiap manusia berhak mempunyai impian dan apa-apa jua impian kita, mereka
boleh menghina tapi ia tak boleh menghalang dari kita mengapai impian kita
kerana impian itu kita yang cipta. Kata ibu lagi, manusia yang mengejek dan
menghina impian orang lain lebih teruk dari orang yang mempunyai impian tapi
kata ibu lagi oran yang mempunyai impian tapi tak berusaha mencapai lebih teruk
dari orang yang menghina dan mengejek impian orang, ayat ini kadang-kadang aku
tak faham dan keliru tapi bila fikirkan balik aku faham.
Kata ibu
lagi, nak jadi orang yang berjaya perlu ada impian. Impian yang murni akan
berjaya dan insyaallah sampai ke syurga. Ya allah, kau permudahkanlah setiap
impian manusia di dunia ini, Amin. impian aku ialah nak semua manusia sejagat
hidup bahagia tanpa ada peperangan. Peperangan sesama manusia untuk menguasai
harta, kuasa dan menunjukan kemegahan yang ada.
Oleh: IAN
Subscribe to:
Posts (Atom)