Friday, December 4, 2015

              
                                                                        masih cinta

      Tembakan dilepaskan sebanyak dua kali. Aku terpana! Tembakan itu dariku. Aku yang melepaskan tembakan itu. Terdengar jeritan halus dari hadapanku. Sesusuk tubuh yang amatku kenali tumbang dihadapanku. Di memandangku lama kemudian jatuh melutut dan terbaring. Pistol itu aku letak perlahan. Aku melutut, merangkak ke lelaki yang terkena tembakan pistolku.  Aku meraba dadanya mengesan nadi denyutan  jantungnya. Ada namun sangat lemah.
    Apa yang aku dah buat?kenapa aku terburu-buru? Ya Allah ampunilah dosaku. Muka lelaki itu aku usap perlahan segera tangan mencari telefon bimbit untuk menghubungi penyelamat. Lelaki ini terlalu banyak berkorban untukku. Aku tak boleh biarkan dia mati. Dia amat penting untukku.  ‘Adam!awak sabar ya?’ monolog dalamanku . 
      Tiba-tiba aku disepak dari belakang. Aduh! Aku menjerit kesakitan  .'cis main tipu, tak guna!' Aku bingkas bangun dan memasang kekuda taekwandoku. Lelaki itu sengih sindir kepadaku. Mungkin dia tahu aku dalam kesakitan. Alamak!pistolku kini bertukar tangan. Aku terlalu terkejut apa yang berlaku kepada Adam hingga terlupa musuhku masih bernyawa.
     Adam semakin lemah. Tapi aku harus tumpaskan penjahat dihadapanku. Penyelamat dan polis sudah kuhubungi. Kini aku perlu melambatkan masa agar dapat menangkap penjahat bernama Penso. Penso merupakan penjahat yang amat dikehendaki oleh ramai polis termasuk aku dan Adam. Penso dikehendaki kerana menjual dadah yang berbahaya. Selama sebulan aku dan Adam mengintip pergerakan Penso. Penso adalah penjenayah yang paling pandai sembunyi dan menjadi penyamar.
    Aduh!jeritku kuat apabila Penso menendang kakiku. Aku melutut namun bingkas bangun. Itu padahnya bila mengelamun. Penso cuba menyerang aku namun cepat-cepat aku mengelak kemudian perutnya aku tumbuk dan mukanya aku tampar. Aku pantas kebelakang dengan langkah bersedia. Penso menyerang kesakitan. Makin berangin dia apabila aku meyerangku. Puas hatiku! Puas sebab Penso yang menyebabkan aku tertembak Adam, malah dia suka curi-curi belasah orang. Padan muka!
    Penso semakin sakit hati apabila aku tersengih sindir padanya. Dia terus meluru kearah aku. Aku tidak takut dan melatah malah aku lebih berpeluang. Biar musuh datang dahulu!itu prinsip hidupku. Kesempatan yang ada aku gunakan. Penso cuba menumbukku, tangannya aku tangkas kemudian aku menangkap dan mengilas kebelakang. Kakinya aku sepak supaya tersadung. Penso berlutut kemudian aku menyiku kepalanya dan menumbuk rahang pipinya. Dia terjatuh dan meniarap. Dia cuba bangkit dan menyerangku. Namun aku lebih pantas menghentak kakinya kuat.
       Lantas tanpa lengah aku terus gari  tangannya dengan mayat orang bawahannya sendiri supaya tak lari. Ingat kuat sangat sampai susah nak tangkap rupanya senang.  Aku menumbuk dada dan menyepak mukanya lagi kerana mengakibatkan Adam dan 2 orang anak buahku cedera. Puas hatiku! Aku terus ke Adam merasa denyutan nadinya. Ada namun  masih lemah. Amir dan muiz yang pengsan sedang tertiarap. Kesian mereka kerana nak selamatkanku.
   Tak lama kemudian terdengar bunyi siren ambulans dan polis. Bunyi itu terus melemahkanku kemudian aku terduduk dan lemah. Pengsan.

       Berat untukku membuka mata. Pedihnya perutku. Aku memandang sekeliling. Putih! Dimanakah aku? Aku mula mengingati apa yang berlaku. Satu persatu aku ingat. Pertama namaku Syafikah natasya binti syafiq. Aku adalah inspektor unit bahagian jenayah. Kedua, kelmarin aku dan adam serta dua anak buahku telah menjumpai markas Kegiatan Penso. Pada mulanya kami hanya mengintip entah macam mana aku terjatuh dari tempat aku mengintip membuatkan kami dikesan.  Aku terjatuh dan ditangkap oleh anak buah Penso kemudian diselamatkan oleh Amir dan Muiz. Namun mereka tewas kerana anak buah Penso melebihi mereka. Adam juga cuba selamatkan aku namun ditembak oleh aku yang cuba ingin menembak Penso.  Adam! Adam ditembak!
   Aku bingkas bangun tanpa pedulikan kesakitan diperut. Mungkin kesan torehan pisau Penso. Jururawat mendekatiku dan melarang aku turun. Aku tak peduli akan larangannya, yang aku nak  tahu hanya keadaan Adam.
   “nurse, lepaskan saya!saya nak lihat rakan sekerja saya?” tegas aku.
    “sabar cik. Mereka bertiga selamat. Inspektor Adam dah selamat dibedah dan dia disahkan normal. Mereka dah tersedar Cik je yang baru bangun.” Jelas lembut jururawat yang bernama Anis. Aku bernafas lega.  Kemudian kembali terlelap mungkin kesan pelali banyak sangat. Hospital ini baguslah bagi banyak dadah. Dahlah aku baru saja tangkap penjenayah dadah.
  
 BAB 2
       Sebulan kemudian aku telah kembali bertugas, itupun diberi cuti selama seminggu. Aku kalau boleh memang tak nak langsung cuti, tapi dah dapat cuti sajalah. Adam masih lagi sedang bercuti. Mana taknya  dua tembakan dia dapat hadiah persahabatan  dariku. Satu dibahu kiri hampir  dengan jantung manakala satu lagi di perut kanan namun tidak parah. Sejak kejadian Penso aku dikritik ramai rakan sekerja kerana menembak rakan sendiri. Apabila ditanya aku hanya mengambil sikap berdiam diri. Hanya menjawap jika ditanya ketua.
    Pagi ini aku menerima bunga dari seseorang. Tak letih ke? Hari-hari bagi bunga. Kad dibunga dibaca aku lagi. ‘ saya tak kisah ditembak berkali-kali dengan awak, sebab saya sayang awak!’ ayat itu aku baca lagi. Klise sungguh mamat ni. Dia tak tahu ke aku ni bukannya minah bunga. Tak kisah konon! Lepas aku tempak dia dulu, ada patut marah aku sebab tak cekap. Tembak rakan sendiri! Ayat lelaki manis saja kalau nak dapat.
    “ amboi! fikah,dapat bunga lagi dari Adam ke?” tegur Tuan Mahmod, ketua unit jenayah. Aku hanya tersengih malu. Tuan terus mengeleng kepala kemudian tersenyum. Aku hanya memerhati sampai kelibat Tuan hilang dari mata. Adam!Adam! lelaki ini terlalu mencintaiku? Atau ia hanya kasih persahabatan. Adam adalah rakan sepermainanku dari kecil. Kami berpisah ketika aku berumur sepuluh tahun. Beza aku dan Adam hanya setahun. Kemudian kami berjumpa semula selepas 16 tahun itupun di dalam jabatan yang sama iaitu unit jenayah selepas dipindahkan dari unit kawalan trafik. Terkejut juga apabila  Adam masih ingat aku. Padahal aku dah lupakan dia. Walau kami pernah berjanji dulu. 
  
     “fika,selama setahun ni aku tak pernah nampak kau dengan mana-mana lelaki pun?” soal Adam. Waktu itu kami sedang menjamu selera di restoran selepas 2 hari tak balik kerana ada kes besar perlu diuruskan dan memerlukan perhatian berat.  Aku terkejut akan pertanyaannya.
    “kenapa kau tanya macam tu pulak? Kenapa ada orang yang minat pada aku ke?” soalku bergurau. Malas nak ambil serius kerana Adam ni suka mengenakan aku. Muka Adam berubah sikit. Nampak lebih lega.
    “kau ingat tak janji kita masa 15 tahun yang lalu?” soalan adam membuatkan aku tersedak. Adam cepat-cepat menghulurkan air kepadaku. Janji? Oh Tuhanku! Adam masih ingat ke? Tapi itu semua janji monyet. Bukannya waras pun. Janji budak-budak biasalah bukannya tepati pun. Tapi Adam masih ingat lagi ke? Parah ni!
    “ehh.. kau masih ingat lagi ke semua tu?”soalku. sambil mengurut dadaku perlahan. Soalan cepumas yang adam bagi ni! Wajah adam berubah sedih.
    “kau dah tak ingat ke?” soal Adam balik. Ishh..Adam ni macam main balas soalan tanpa jawapan pulak. Ladies first okay! Makanan cepat aku habiskan. Adam pun seakan faham yang akan keenggananku nak bercakap. Dia pasti kenal fiil aku bagaimana. Aku akan berdiam diri jika ia memaksaku atau aku marah!  Aku suka Adam ke?
     Tapi kenapa aku sedih bila aku tembak Adam dan melihat keadaan dia tak sedarkan diri? Janji? Tapi dah 16 tahun ia berlalu. Bohonglah aku tak ingat janji kami. Malah setiap butir yang dipertuturkan aku masih ingat cuma aku tak dapat bayangkan kalau kami bersama. Yelah, cuba bayangkan kawan yang selama ini dari kecil sentiasa bersama. Aku rasa mukaku mesti merah kerana ingat kisah dulu. Bayangkan masa umurku 6 tahun aku mandi disungai bersama Adam tak pakai baju. walau aku masih budak pun bila ingat balik mesti malu gila.
    Tapi kenapa aku merasakan Adam sangat istimewa padaku. Adakah dia sudah lama bertaktha dihatiku?ah! runsing hatiku memikirkan soal Adam.
   16 tahun yang lalu.
 “pika cepat kejar bola, jangan bagi mereka menang” jerit Ahmad. Mereka semua sedang bermain bola sepak lawan antara kampung. Aku memang minat gila dengan bola tahap obses tambah pula kawan-kawan sepermainanku semuanya lelaki.  Bola direbut oleh kasim kemudian disepak ganas. Aku cuba menghalang bola dari digoalkan. Namun aku lupa bola yang disepak Kassim amat tajam dan kuat. Bola tersebut dihalang oleh hidungku yang comel. Pap!melantun bola lepas dihalang aku. Dan aku terbaring keatas tanah yang basah dan lembut. Aduh! Terasa panah mengalir keluar dari hidung.
   “fikah”jeritan Adam kuat bergema. Semua ahli mengerumuni aku membuatkan aku sesak nafas. Mujur Ahmad membubarkan mereka. Aku didudukkan oleh Adam. Adam mengeluarkan sapu tangan dan menekapkan sapu tangan dihidung ku sambil mulut membebel.
    “kan dah kata main elok-elok!kalau rasa bola tu laju dan hampir jangan pandai-pandai nak tahan. Tahan pula dengan muka.. ini makannya!” bebel Adam. Aku hanya mencebik mulut. Dah lah orang tengah sakit dia pula nak sakitkan hati. Sakit fizikal sudah! Sapu tangan dihidung yang dipegang Adam direntap kasar dan aku bangun kemudian berjalan laju keluar dari padang. Tak payah nak si Ahamd suruh aku blah, tengok muka Ahmad pun dah tahu. Dia nak sambung game lagi.
   Adam mengejarku. Telinga sempat menangkap Daud berkata sesuatu.
   “habis lah kau adam. Tulah sape suruh bawak pompuan  datang” aku hanya jalan tak ambil peduli.  Sampai dihadapan rumahku, aku duduk di pangkin bawah pokok rambutan. Mata merenung pokok rambutanku ‘haih, bilalah nak makan lagi buah ni. Dah lah lepas ni nak pindah dah’ tak lama kemudian pangkin berbunyi perlahan. Adam duduk disebelahku.
   “hidung okay tak? Masih mengalir lagi ke?bukalah biar aku tengok? Kalau teruk kita bawak ke hospital” aku memandang Adam.
    “okay je, Cuma hati ni je yang sakit lebih.”
    “yelah tu! Jangan nanti malam kau mengadu sakit pada mama sudah, nanti aku yang kena. Ajak kau main permaianan lelaki.” Bidas Adam. Aku terasa betul.
   “sejak bila bola sepak tu hanya untuk lelaki? Tak ada mana-mana undang-undang mengatakan hanya untuk lelaki” bidas aku balik. Adam mengeluh kuat.
   “fikah” panggil Adam perlahan.  Adam seperti orang yang sedang nak membaca sajak. Mood perlu diambil. Aku hanya memandang wajahnya dengan pertanyaan.
   “lagi dua hari lagi kau dah nak pindah, kau tak sedih ke?”soal Adam lagi perlahan dari tadi. Jangan perlahan sangat Adam oi. Nanti mood sedih aku datang balik.
   “kenapa kau tanya? Kau nak aku sedih ke?” soal aku balik. Okay ini memang fiil aku. Kalau aku tak nak jawap soalan orang, aku akan soal balik.
    “tak lah, Cuma kau pun tahu kan kita dah kawan sejak kau umur 3 tahun lagi. Ni tiba-tiba kau nak pindah. Kau lah kawan baik aku.dah lah kau pindah sampai Australia. Mana aku nak cekau duit nak jumpa kau.”jujur  Adam. Aku tak mampu nak pandang mata dia yang sangat sedih dan sepertinya ada simpan satu rahsia. Aku hanya mendongak kelangit. Mendung  sungguh langit hari ni. ke dah nak maghrib? Rasanya baru pukul 6 petang.
    “fikah” panggil Adam. Di kampun solok duku, melaka hanya Adam seorang panggilnya dengan FIKAH. Yang lanin semua panggilnya dengan PIKAH. Tapi aku tak kisah, aku senang dengan pangilan itu tapi bila aku sertai geng lelaki pasti Adam akan menyindirku dengan memangil aku syafiq!
     “boleh tak kita buat satu perjanjian?”soal adam dengan tenang sambil kepalanya mendongak langit seakan membaca langit yang mendung. Perjanjian?
    “apa dia?” soal ku teringin nak tahu.
      “aku suka kau” Adam berkata dengan sangat tenang namun membuat aku tercegang. Gila ke apa adam nih. Aku baru saja berumur 11 tahun dia dah buat cinta monyet antarabangsa pulak tu.
       “kalau lepas nih kita jumpa bila kita dah besar, kalau aku nak kahwin dengan kau boleh?” soal Adam. Aku bertambah kaku dan terpana. Adam memang sewel dan tak siuman. Inikah perjanjiannya? Ni bukan perjanjian tapi pertanyaan! Adam ni dah ambil UPSR pun tak tahu beza ke pertanyaan dengan perjanjian! Bentak hatiku!
    “fikah kenapa kau diam saja?kau tak suka ke?” soal Adam mungkin dia pelik kesenyapan aku. Aku terdiam. Aku pun suka dengan Adam tapi sebagai kawan. Aku suka dengan sikap dia yang menjaga aku sepanjang masa. Malah kalau aku sakit dia banyak jaga aku. Dia macam seorang Abang! Malas aku nak ambil port. Bukannya dia ingat pun janji dia. Dah besar nanti mesti dia lupa kat aku sebab banyak lagi perempuan yang cantik. Aku? Pasti bertambah gemuk. Tengoklah sekarang pakai baju pun saiz XL.
   “okay” jawap aku pendek. Adam hanya tersenyum.
  “hoi” bahuku ditepuk dari belakang. Aku bingkas berdiri sambil menangkap tangan yang menepuk bahuku. Tangannya aku kilas sehingga dia menjerit kuat. Beberapa ahli sekerja yang lain segera berlari kearah ku dan  Meor. Azima segera melepaskan tangan ku dari mengkilas tangan Meor.
   “meor ni pun satu, tak tahu yang Fikah ni masih trauma dengan pukul curi si Penso" marah Azima . Aku hanya merenung geram pada Meor. Sebernanya aku dah sedar waktu Meor menjerit, saja aku kuatkan lagi kilasan terebut agar dia lebih kuat menjerit. Pantang aku kalau orang sergah dari belakang macam meor. Tak beradap!

“dah dari tadi duduk termenung macam laki hilang je tu aku sergah.. sorry ya” Meor terus pergi ke mejanya. Aku kembali duduk dikerusiku. Ingat senang ke nak flashback balik kenangan dulu! Susah tahu kalau bagiku. Azima duduk dihadapan ku sambil makan coklat. Aku?nak bersembang waktu kerja?walau Azima mulut becok dihadapan aku ada nak bersembang. Huh!aku tak layan! Fail-fail kes kembali aku hadap sampai lebam! Azima sedar yang aku tak nak layan dia, terus dia bersembang dengan Meor.

BAB 3
      Hari ni dah 3 bulan Adam masuk kerja, sepanjang tempoh dia masuk kerja dah lama dia tak tegur aku! Apa salah aku ni? Adam hanya bercakap apabila perlu. Sepuluh patah aku tanya sepatah dia jawap. Huh!menyampah! dia tak lagi keluar makan bersamaku, malah dia tak lagi senyum padaku. Aku? Salah orang lah. Kau keras macam batu, aku lagi keras macam besi kepala kapak. kan aku dah kata, janji manis lelaki.. bagi bunga mahal- mahal tapi bila masuk kerja bukan nak tegur aku. Ingat aku heran!!
      Aku lagi tak pandang wajah Adam. Dia tak senyum aku lagi masam. Dia tak makan dengan aku?aku langsung tak makan tengah hari. Hati aku lebih keras dari dia tau! Fail-fail aku teliti lagi, sejak kebelakangan ini kes dadah semakin menjadi-jadi! Aku tak tahu apalah ada pada pemikiran anak muda yang zaman sekarang. Mereka seakan cuba nak musnahkan peluang yang ada. Mudah terjebak dengan godaan.
   Mana pergi iman didada?malah data yang diperoleh dari kerajaan kini menunjukan peratusan yang mengisap dadah dan menjual dadah ialah orang melayu. Tak payah tengok contoh yang lain, tengok saja si Penso! Apabila kes ini dibentangkan atau dibincangkan, pasti ada pihak akan mencari satu watak untuk dipersalahkan dan watak tersebut tak lain tak bukan adalah ibu bapa! Mungkin juga? Jika dilihat dari segi kasih sayang.  Bagiku kita tak boleh nak menyalahkan ibu bapa seratus peratus. Ada ibu bapa dah menjalankan tugas mereka dengan baik Cuma anak mereka yang tak kuat iman. Betul kata ayahku. Apabila seseorang anak sudah mencapai baligh dia dah boleh berfikir walaupun dia bukan tergolong dalam agama Islam.
   Malah dia dah boleh masuk Islam jika dia nak, sama dengan dadah! Dia dah tahu dadah berbahaya malah memudaratkan. Kenapa dia nak terjebak dengan dadah? Sedangkan ibu dan ayahnya sudah mengajar apa erti dadah? Agama juga melarang kita buat sesuatu hingga memudaratkan, dadah memudaratkan jika terlebih dos? Disekolah juga diajar erti dadah dan dilarang sama sekali akan penggunaan dadah. Rakan-rakan?dalam sepuluh rakan ada seorang yang baik dikalangan yang sepuluh. Kenapa dia tak kawan dengan yang baik saja? Yang lagi sembilan pedulikan kalau tahu kawan tu memudaratakan diri kita. Mereka ada peluang untuk memilih tapi mereka tetap nak pilih yang buruk. Jadi kesalahan bukan pada orang lain tapi pada diri sendiri.
   Fail berwarna coklat aku tolak tepi, aku sedih dengan remaja yang dah tersasar. Bagiku selagi mereka masih hidup selagi itulah mereka boleh berpatah semula. Aku bangun ke pantri untuk membasahkan tekakku yang semakin kekeringan. Dah lah tengah hari aku tak makan pun. Ini semua sebab nak boikot Adamlah ni. Setelah aku buat secawan milo panas, meja makan aku duduk. Letih sangat hingga terlelap dengan badan menyandar pada kerusi meja makan. Tak lama kemudian aku tersedar, aku membetulkan urat sarafku. Mengeliat kiri dan kanan. Segar rasanya dapa terlelap. Hilang sakit kepala.
    Air milo cuba dicapai namun terkejut melihat sebungkus polisterin dihadapan ku. Aku memegang polisterin itu. Pelik tadi mana ada! Azima ke yang belikan?tapi aku dah cakap yang aku tak nak makan. Polisterin itu aku buka perlahan. Takut pula kalau orang punya tapi ini memang aku punya sebab dah tertulis namaku di atas polisterin dengan mengunakan maker-pen. Terbuntang mataku melihat isinya. Lauk kesukaanku. Asam pedas ikan patin? Dengan sayur cendawan goreng. Wow! Terliur aku melihat. Nak ke makan? Tapi siapa yang bagi?Meor?Azima? tuan ? atau ADAM!! Ya aku yakin dia yang bagi aku nasi ini. Sebab hanya dia tahu lauk kesukaaanku.
  Tersentuh hatiku melihat perbuatannya. Dia masih memikirkan aku walau kami sedang berperang dingin. Sedih pula! Rasa aku yang jahat pula. Sebenarnya hatiku dah lama suka pada Adam Cuma ego yang menebal dan tinggi macam KLCC yang membuatkan aku menepis segala kemungkinan. Aku dah tekad!ini keputusan aku.
   Aku menutup polisterin dan membungkusnya semula dengan plastik. Aku bangun sambil membawa sekali polisterin tersebut. 2 sudu aku bawa sekali.  Aku berjalan ke maeja kerja mencari Adam. Tak mungkin selamanya aku berseikap begini pada Adam. Bila hati dah sayang, mengaku sajalah! Apa susah?ni sampai nak boikot bagai?tak penat ke? Marah hatiku pada ku!
     Tak cuba kelibat Adam! Puas aku keliling pejabat ni sampai ada yang pelik akan perlakuan aku. Pertanyaan mereka aku hanya jawap dengan senyuman. Nanti! Aku dah tahu Adam ada dimana. Dia mesti di luar bangunan dan berada dikebun kecil. Aku berjalan ke luar. Di situ aku melihat seorang lelaki yang gagah perkasa tapi sedang menyiram pokok. Macho! Aku mendekatinya. Polisterin aku letakan di atas gazebo. Bagus betul bos kami. Dia segaja mencipta taman mini ini untuk anak buahnya yang sentiasa serius dan stress dengan pelbagai kes. Tapi tak ada lah nak curi tulang kesini. Cuma bila dah siap kerja atau dah ting tong kepala datang je dekat sini.
    “Adam”panggilku. Terkeluar juga suara emasku bila berdua dengannya. Adam tak menyahut hanya meneruskan kerjanya. Aku sentap!
  “adam!!” aku jerit sedikit. Dia memandangku dengan sikap sahaja. Lagi tambah kemarahan aku. Tapi aku tak boleh cepat melatah. Ini syafikah lah!
   “mari makan sama-sama” ajakku. Aku duduk di gazebo sambil membuka plastik.
   “makan ajalah, aku dah kenyanglah.”tolaknya kemudian meneruskan kerjanya. Aku pulak bertambah sakit hati dan sentap. Pertama kali rasa nak nangis je. Aku hanya pandang polisterin itu lama. Tiba-tiba terdengar polisterin disentuh seseorang. Aku mendongak. Adam membuka kemudian dia menyudu nasi dan menyuap aku. Aku hanya membuka mulut. Aku betul-betul terharu. Dia sanggup mengetepikan egonya demi aku. Aku pula menyuap dia. Kami makan dengan senyap hingga habis rasanya aku paling banyak makan.
       “kau marah aku?”soal aku perlahan. Adam hanya ketawa. Pelik!
     “kenapa kau ketawa” soal aku
     “melihat kau yang lemah ini membuatkan hatiku digeletek” Adam menyindirku. Rimas! Dah jujur saja lah Syafikah oi!
   “aku suka kau” fuhh lega sekali cakap. Ehh asal diam saja mamat ni. penat aku cakap.
“Adam? Kau dengar tak ni?” soal aku.
 “dengar”
 “abis tu?kau diam saja? Tak ada apa-apa feedback pun?”soal aku balik. Aduh tak akanlah dah give up!  Adam dah tak macho! Aku bangun dengan nafas yang turun naik.
   “kau ni pelik tahu? Aku tak balas marah, aku balas kau diam! Dah lah!baik aku blah!”aku terus jalan balik ke pejabat.
    “fikahhh..aku suka kau juga” bergema suara Adam di taman mini. Aku terhenti dan terpaku! Adam oh Adam! Aku tidak pusing kan badan malah pergi. Adam mengejarku! Ala teringat masa zama kecil dulu. Setiap kali  merajuk pasti Adam kejar aku. Dah biar dia pula pujuk aku! hahaha
   “fikah stop kejap okay?penat kejar kau? Jangan marah lagi! Aku saja je nak uji kau?tak tahu pulak kau ni jenis yang mudah melatah?” sindir Adam. Membulat mataku apabila disindir Adam. Amboi!mentang-mentang aku dah declare cinta pada dia. Pandai dia naik minyak ye?
    “patutnya aku lagi marah pada kau.kau tak ingat janji kita dulu malah selama tiga bulan kau tak pujuk aku. Kalau aku tak bagi nasi tu entah sampai bila kita nak bersama sampai tua kut!” aku terhenti kemudian aku jeling Adam sepedas yang mungkin biar pijar muka dia yang macho terlebih tu.
    “amboi tak baik tau jeling bakal suami macam tu.” Merona merah pipiku. Panas membahang apabila Adam mengusik aku sebegitu.
    “sejak bila pula Saya setuju nak kahwin dengan awak”ujar ku. Amboi syafikah dah tukar bahasa pulak tu. Bagus-bagus sebagai permulaan. Adam tersenyum bahagia saat aku mengubah kata ganti nama.

   “nak panggil abang sayang lagi digalakan. Nak lagi manja papa mama”sakat Adam lagi. Ahh..sakitnya hatiku dikenakan oleh Adam berkali-kali. Aku tahu sejak dari itu aku dah mula rasa bahagia cinta.  Ohh..Adam...

BAB 4- AKHIR
    Aku bergerak perlahan dari tepi dinding sambil kedua tangan bersedia dengan memegang pistol. Adam sudah sepuluh minit  masuk ke bangunan tersebut. Dia tak benarkan aku masuk dengan alasan aku harus tunggu bantuan. Hello!! Aku ni berjawatan inspektor ok! Apa kelas tunggu bantuan. Tugas aku membanteras jenayah, malah tak akan aku nak duduk diluar sambil tunggu bantuan.
     Aku menyelinap masuk ke bangunan. Sunyi dan sejuk. Seram pun ada! Seram dengan musuh yang merupakan penganas dadah.  Pagi tadi kami mendapat tahu markas Harry, pengedar dadah antarabangsa. Penuh berhati- hati aku berjalan. Tiba-tiba terdengar tembakan dari dekat. Adam! Hati ku sentap. Pantas aku berlari ke arah tembakan itu. Aku melihat Adam sedang bersembunyi di balik dinding. Aku cuba menembak  ke arah Harry namun tanganku ditepis dari tepi. Huh! Aku paling tak suka pukul curi.
    Aku bingkas berdiri dan melawan semula. Lelaki tegap berdiri dihadapan aku.
  “bitch” jeritnya kuat. Dia menyerang aku. Aku mengelak kemudian menumbuk perutnya. Dia tidak mengerang malah makin tegap berjalan kearah ku.
   “fikah” jerit adam. Suara ada tapi tak ada orangnya
   “ya”jerit aku juga.
   “kenapa masuk?degil awak ni?”marah adam. Tanganku ligat mengelak dan menangkis setiap serangan dari lelaki ini. Mungkin lelaki ni bodyguard Harry ni. Aku cuba menyerang tapi setiap serangan aku pasti tak berjaya sebaliknya aku mula nyaris terkena.
   “awak ingat awak saja ke yang berkuasa? Auww” jeritku kesakitan apabila ditampar kerana tak beri tumpuan. Adam ni pun satu, masa macam ni lah nak ajak lawan suara! Tak macho sungguh. Nak marah pun kat rumahlah nanti.
   “fikah” panggilnya. Lelaki itu nak menyerang aku lagi. Dia cuba menumbuk aku, namun tangannya ditahan seseorang. Bau pun dah tahu siapa. Adam menahan tangan lelaki itu. Kemudia dikilas kebelakang. Dia menumbuk  lelaki itu kemudian menyiku leher lelaki itu dan disudahi dengan dua jarinya mencucuk halkum lelaki itu. Lelaki itu kesakitan dan terbaring. Pantas aku mengari kedua tangannya.
   Adam melindungi badanku dari disepak oleh Harry. Kemudian dia menolak aku ketepi. Mereka berentap dan balas membalas. Aku? Hanya jadi ahli pemerhati. Namun Harry cepat saja tangannya mencapai kerusi dan membaling kearah Adam dan terkena pada kakinya. Harry cuba nak menghentak Adam namun ditendang oleh aku  hingga terjatuh dan terseret kena dinding. Pantang aku bila adam disakiti.Adam bangkit dan menjumpai pistol aku yang terpelanting tadi. Harry menyerang aku. Namun aku tersadung dan harry dapat tangkap aku. Pisau dileher aku. Aku dapat merasakan ngilu sedikit. Pasti sudah luka.
   Adam terdiam mungkin dia nak beralah. Adam meletakan pistol. Harry seakan hilang tumpuan kerana tumpuannya pada pistol. Kesempatan itu diambil aku dengan menyiku sekuat hati perutnya. Dia mengaduh kesakitan. Adam ambil semula pistol kemudian menembak kaki Harry. Aku mendekati Harry dan menumbuk dagu dan  lehernya. Harry tumbang. Aku pun tumbang namun sempat disambut Adam.
   “fikah”
   “abang” pengsan.
      Seminggu selepas itu aku sembuh dan mula bekerja semula. Selepas aku sembuh, Adam dah mogok tak nak cakap dengan aku. Mesti kes aku tak ikut arahan. Baru 3 bulan berkahwin dah gaduh. Huh!
     “abang marah lagi ke?”diam
    “abang”
  “ Abang”panggilku lagi, pantas aku keluar dari bilik terus ke ruang tamu. Adam mengejarku dan memegang tanganku.
   “sayang tahu tak betapa terkejutnya abnag sewaktu sayang pengsan.” Ujar Adam. Aku hanya senyum bahagia. Aku tahu rajuk suamiku tak lama. Malah dia marah pun kerana sayang. Aku rasa bertuah pabila aku buat janji tu dulu.