masih cinta
Tembakan dilepaskan sebanyak dua kali. Aku
terpana! Tembakan itu dariku. Aku yang melepaskan tembakan itu. Terdengar
jeritan halus dari hadapanku. Sesusuk tubuh yang amatku kenali tumbang
dihadapanku. Di memandangku lama kemudian jatuh melutut dan terbaring. Pistol
itu aku letak perlahan. Aku melutut, merangkak ke lelaki yang terkena tembakan
pistolku. Aku meraba dadanya mengesan
nadi denyutan jantungnya. Ada namun
sangat lemah.
Apa yang
aku dah buat?kenapa aku terburu-buru? Ya Allah ampunilah dosaku. Muka lelaki
itu aku usap perlahan segera tangan mencari telefon bimbit untuk menghubungi
penyelamat. Lelaki ini terlalu banyak berkorban untukku. Aku tak boleh biarkan
dia mati. Dia amat penting untukku.
‘Adam!awak sabar ya?’ monolog dalamanku .
Tiba-tiba aku disepak dari
belakang. Aduh! Aku menjerit kesakitan .'cis main tipu, tak guna!' Aku bingkas bangun dan memasang
kekuda taekwandoku. Lelaki itu sengih sindir kepadaku. Mungkin dia tahu aku
dalam kesakitan. Alamak!pistolku kini bertukar tangan. Aku terlalu terkejut apa yang berlaku kepada Adam hingga terlupa musuhku masih bernyawa.
Adam
semakin lemah. Tapi aku harus tumpaskan penjahat dihadapanku. Penyelamat dan
polis sudah kuhubungi. Kini aku perlu melambatkan masa agar dapat menangkap
penjahat bernama Penso. Penso merupakan penjahat yang amat dikehendaki oleh
ramai polis termasuk aku dan Adam. Penso dikehendaki kerana menjual dadah yang
berbahaya. Selama sebulan aku dan Adam mengintip pergerakan Penso. Penso adalah
penjenayah yang paling pandai sembunyi dan menjadi penyamar.
Aduh!jeritku kuat apabila Penso menendang kakiku. Aku melutut namun
bingkas bangun. Itu padahnya bila mengelamun. Penso cuba menyerang aku namun
cepat-cepat aku mengelak kemudian perutnya aku tumbuk dan mukanya aku tampar.
Aku pantas kebelakang dengan langkah bersedia. Penso menyerang kesakitan. Makin
berangin dia apabila aku meyerangku. Puas hatiku! Puas sebab Penso yang
menyebabkan aku tertembak Adam, malah dia suka curi-curi belasah orang. Padan
muka!
Penso
semakin sakit hati apabila aku tersengih sindir padanya. Dia terus meluru
kearah aku. Aku tidak takut dan melatah malah aku lebih berpeluang. Biar musuh
datang dahulu!itu prinsip hidupku. Kesempatan yang ada aku gunakan. Penso cuba
menumbukku, tangannya aku tangkas kemudian aku menangkap dan mengilas
kebelakang. Kakinya aku sepak supaya tersadung. Penso berlutut kemudian aku
menyiku kepalanya dan menumbuk rahang pipinya. Dia terjatuh dan meniarap. Dia
cuba bangkit dan menyerangku. Namun aku lebih pantas menghentak kakinya kuat.
Lantas tanpa lengah aku terus gari tangannya dengan mayat orang bawahannya sendiri supaya tak lari. Ingat kuat
sangat sampai susah nak tangkap rupanya senang.
Aku menumbuk dada dan menyepak mukanya lagi kerana mengakibatkan Adam
dan 2 orang anak buahku cedera. Puas hatiku! Aku terus ke Adam merasa denyutan
nadinya. Ada namun masih lemah. Amir dan
muiz yang pengsan sedang tertiarap. Kesian mereka kerana nak selamatkanku.
Tak lama
kemudian terdengar bunyi siren ambulans dan polis. Bunyi itu terus melemahkanku
kemudian aku terduduk dan lemah. Pengsan.
Berat untukku
membuka mata. Pedihnya perutku. Aku memandang sekeliling. Putih! Dimanakah aku?
Aku mula mengingati apa yang berlaku. Satu persatu aku ingat. Pertama namaku
Syafikah natasya binti syafiq. Aku adalah inspektor unit bahagian jenayah.
Kedua, kelmarin aku dan adam serta dua anak buahku telah menjumpai markas
Kegiatan Penso. Pada mulanya kami hanya mengintip entah macam mana aku terjatuh
dari tempat aku mengintip membuatkan kami dikesan. Aku terjatuh dan ditangkap oleh anak buah
Penso kemudian diselamatkan oleh Amir dan Muiz. Namun mereka tewas kerana anak
buah Penso melebihi mereka. Adam juga cuba selamatkan aku namun ditembak oleh
aku yang cuba ingin menembak Penso.
Adam! Adam ditembak!
Aku bingkas
bangun tanpa pedulikan kesakitan diperut. Mungkin kesan torehan pisau Penso.
Jururawat mendekatiku dan melarang aku turun. Aku tak peduli akan larangannya,
yang aku nak tahu hanya keadaan Adam.
“nurse,
lepaskan saya!saya nak lihat rakan sekerja saya?” tegas aku.
“sabar
cik. Mereka bertiga selamat. Inspektor Adam dah selamat dibedah dan dia
disahkan normal. Mereka dah tersedar Cik je yang baru bangun.” Jelas lembut
jururawat yang bernama Anis. Aku bernafas lega.
Kemudian kembali terlelap mungkin kesan pelali banyak sangat. Hospital
ini baguslah bagi banyak dadah. Dahlah aku baru saja tangkap penjenayah dadah.
BAB 2
Sebulan
kemudian aku telah kembali bertugas, itupun diberi cuti selama seminggu. Aku
kalau boleh memang tak nak langsung cuti, tapi dah dapat cuti sajalah. Adam
masih lagi sedang bercuti. Mana taknya dua tembakan dia dapat hadiah persahabatan dariku. Satu
dibahu kiri hampir dengan jantung
manakala satu lagi di perut kanan namun tidak parah. Sejak kejadian Penso aku
dikritik ramai rakan sekerja kerana menembak rakan sendiri. Apabila ditanya aku
hanya mengambil sikap berdiam diri. Hanya menjawap jika ditanya ketua.
Pagi ini
aku menerima bunga dari seseorang. Tak letih ke? Hari-hari bagi bunga. Kad
dibunga dibaca aku lagi. ‘ saya tak kisah ditembak berkali-kali dengan awak,
sebab saya sayang awak!’ ayat itu aku baca lagi. Klise sungguh mamat ni. Dia
tak tahu ke aku ni bukannya minah bunga. Tak kisah konon! Lepas aku tempak dia
dulu, ada patut marah aku sebab tak cekap. Tembak rakan sendiri! Ayat lelaki
manis saja kalau nak dapat.
“ amboi!
fikah,dapat bunga lagi dari Adam ke?” tegur Tuan Mahmod, ketua unit jenayah.
Aku hanya tersengih malu. Tuan terus mengeleng kepala kemudian tersenyum. Aku
hanya memerhati sampai kelibat Tuan hilang dari mata. Adam!Adam! lelaki ini terlalu
mencintaiku? Atau ia hanya kasih persahabatan. Adam adalah rakan sepermainanku
dari kecil. Kami berpisah ketika aku berumur sepuluh tahun. Beza aku dan Adam
hanya setahun. Kemudian kami berjumpa semula selepas 16 tahun itupun di dalam jabatan
yang sama iaitu unit jenayah selepas dipindahkan dari unit kawalan trafik.
Terkejut juga apabila Adam masih ingat
aku. Padahal aku dah lupakan dia. Walau kami pernah berjanji dulu.
“fika,selama setahun ni aku tak pernah nampak kau dengan mana-mana
lelaki pun?” soal Adam. Waktu itu kami sedang menjamu selera di restoran
selepas 2 hari tak balik kerana ada kes besar perlu diuruskan dan memerlukan
perhatian berat. Aku terkejut akan
pertanyaannya.
“kenapa
kau tanya macam tu pulak? Kenapa ada orang yang minat pada aku ke?” soalku
bergurau. Malas nak ambil serius kerana Adam ni suka mengenakan aku. Muka Adam
berubah sikit. Nampak lebih lega.
“kau ingat
tak janji kita masa 15 tahun yang lalu?” soalan adam membuatkan aku tersedak.
Adam cepat-cepat menghulurkan air kepadaku. Janji? Oh Tuhanku! Adam masih ingat
ke? Tapi itu semua janji monyet. Bukannya waras pun. Janji budak-budak biasalah
bukannya tepati pun. Tapi Adam masih ingat lagi ke? Parah ni!
“ehh.. kau
masih ingat lagi ke semua tu?”soalku. sambil mengurut dadaku perlahan. Soalan
cepumas yang adam bagi ni! Wajah adam berubah sedih.
“kau dah
tak ingat ke?” soal Adam balik. Ishh..Adam ni macam main balas soalan tanpa
jawapan pulak. Ladies first okay!
Makanan cepat aku habiskan. Adam pun seakan faham yang akan keenggananku nak
bercakap. Dia pasti kenal fiil aku bagaimana. Aku akan berdiam diri jika ia
memaksaku atau aku marah! Aku suka Adam ke?
Tapi kenapa aku sedih bila aku tembak Adam dan
melihat keadaan dia tak sedarkan diri? Janji? Tapi dah 16 tahun ia berlalu.
Bohonglah aku tak ingat janji kami. Malah setiap butir yang dipertuturkan aku
masih ingat cuma aku tak dapat bayangkan kalau kami bersama. Yelah, cuba
bayangkan kawan yang selama ini dari kecil sentiasa bersama. Aku rasa mukaku
mesti merah kerana ingat kisah dulu. Bayangkan masa umurku 6 tahun aku mandi
disungai bersama Adam tak pakai baju. walau aku masih budak pun bila ingat
balik mesti malu gila.
Tapi kenapa aku merasakan Adam sangat
istimewa padaku. Adakah dia sudah lama bertaktha dihatiku?ah! runsing hatiku memikirkan
soal Adam.
16 tahun
yang lalu.
“pika cepat
kejar bola, jangan bagi mereka menang” jerit Ahmad. Mereka semua sedang bermain
bola sepak lawan antara kampung. Aku memang minat gila dengan bola tahap obses
tambah pula kawan-kawan sepermainanku semuanya lelaki. Bola direbut oleh kasim kemudian disepak
ganas. Aku cuba menghalang bola dari digoalkan. Namun aku lupa bola yang
disepak Kassim amat tajam dan kuat. Bola tersebut dihalang oleh hidungku yang
comel. Pap!melantun bola lepas dihalang aku. Dan aku terbaring keatas tanah
yang basah dan lembut. Aduh! Terasa panah mengalir keluar dari hidung.
“fikah”jeritan Adam kuat bergema. Semua ahli mengerumuni aku membuatkan
aku sesak nafas. Mujur Ahmad membubarkan mereka. Aku didudukkan oleh Adam. Adam
mengeluarkan sapu tangan dan menekapkan sapu tangan dihidung ku sambil mulut
membebel.
“kan dah
kata main elok-elok!kalau rasa bola tu laju dan hampir jangan pandai-pandai nak
tahan. Tahan pula dengan muka.. ini makannya!” bebel Adam. Aku hanya mencebik
mulut. Dah lah orang tengah sakit dia pula nak sakitkan hati. Sakit fizikal
sudah! Sapu tangan dihidung yang dipegang Adam direntap kasar dan aku bangun
kemudian berjalan laju keluar dari padang. Tak payah nak si Ahamd suruh aku blah, tengok
muka Ahmad pun dah tahu. Dia nak sambung game
lagi.
Adam
mengejarku. Telinga sempat menangkap Daud berkata sesuatu.
“habis lah
kau adam. Tulah sape suruh bawak pompuan datang” aku hanya jalan tak ambil peduli. Sampai dihadapan rumahku, aku duduk di
pangkin bawah pokok rambutan. Mata merenung pokok rambutanku ‘haih, bilalah nak
makan lagi buah ni. Dah lah lepas ni nak pindah dah’ tak lama kemudian pangkin
berbunyi perlahan. Adam duduk disebelahku.
“hidung
okay tak? Masih mengalir lagi ke?bukalah biar aku tengok? Kalau teruk kita bawak
ke hospital” aku memandang Adam.
“okay je,
Cuma hati ni je yang sakit lebih.”
“yelah tu!
Jangan nanti malam kau mengadu sakit pada mama sudah, nanti aku yang kena. Ajak
kau main permaianan lelaki.” Bidas Adam. Aku terasa betul.
“sejak bila
bola sepak tu hanya untuk lelaki? Tak ada mana-mana undang-undang mengatakan
hanya untuk lelaki” bidas aku balik. Adam mengeluh kuat.
“fikah”
panggil Adam perlahan. Adam seperti
orang yang sedang nak membaca sajak. Mood perlu diambil. Aku hanya memandang
wajahnya dengan pertanyaan.
“lagi dua
hari lagi kau dah nak pindah, kau tak sedih ke?”soal Adam lagi perlahan dari
tadi. Jangan perlahan sangat Adam oi. Nanti mood sedih aku datang balik.
“kenapa kau
tanya? Kau nak aku sedih ke?” soal aku balik. Okay ini memang fiil aku. Kalau
aku tak nak jawap soalan orang, aku akan soal balik.
“tak lah,
Cuma kau pun tahu kan kita dah kawan sejak kau umur 3 tahun lagi. Ni tiba-tiba
kau nak pindah. Kau lah kawan baik aku.dah lah kau pindah sampai Australia.
Mana aku nak cekau duit nak jumpa kau.”jujur
Adam. Aku tak mampu nak pandang mata dia yang sangat sedih dan
sepertinya ada simpan satu rahsia. Aku hanya mendongak kelangit. Mendung sungguh langit hari ni. ke dah nak maghrib?
Rasanya baru pukul 6 petang.
“fikah”
panggil Adam. Di kampun solok duku, melaka hanya Adam seorang panggilnya dengan
FIKAH. Yang lanin semua panggilnya dengan PIKAH. Tapi aku tak kisah, aku senang
dengan pangilan itu tapi bila aku sertai geng lelaki pasti Adam akan
menyindirku dengan memangil aku syafiq!
“boleh
tak kita buat satu perjanjian?”soal adam dengan tenang sambil kepalanya
mendongak langit seakan membaca langit yang mendung. Perjanjian?
“apa dia?”
soal ku teringin nak tahu.
“aku
suka kau” Adam berkata dengan sangat tenang namun membuat aku tercegang. Gila
ke apa adam nih. Aku baru saja berumur 11 tahun dia dah buat cinta monyet
antarabangsa pulak tu.
“kalau
lepas nih kita jumpa bila kita dah besar, kalau aku nak kahwin dengan kau
boleh?” soal Adam. Aku bertambah kaku dan terpana. Adam memang sewel dan tak
siuman. Inikah perjanjiannya? Ni bukan perjanjian tapi pertanyaan! Adam ni dah
ambil UPSR pun tak tahu beza ke pertanyaan dengan perjanjian! Bentak hatiku!
“fikah
kenapa kau diam saja?kau tak suka ke?” soal Adam mungkin dia pelik kesenyapan
aku. Aku terdiam. Aku pun suka dengan Adam tapi sebagai kawan. Aku suka dengan
sikap dia yang menjaga aku sepanjang masa. Malah kalau aku sakit dia banyak jaga
aku. Dia macam seorang Abang! Malas aku nak ambil port. Bukannya dia ingat pun
janji dia. Dah besar nanti mesti dia lupa kat aku sebab banyak lagi perempuan
yang cantik. Aku? Pasti bertambah gemuk. Tengoklah sekarang pakai baju pun saiz
XL.
“okay”
jawap aku pendek. Adam hanya tersenyum.
“hoi” bahuku
ditepuk dari belakang. Aku bingkas berdiri sambil menangkap tangan yang menepuk
bahuku. Tangannya aku kilas sehingga dia menjerit kuat. Beberapa ahli sekerja
yang lain segera berlari kearah ku dan
Meor. Azima segera melepaskan tangan ku dari mengkilas tangan Meor.
“meor ni
pun satu, tak tahu yang Fikah ni masih trauma dengan pukul curi si Penso" marah Azima . Aku
hanya merenung geram pada Meor. Sebernanya aku dah sedar waktu Meor menjerit,
saja aku kuatkan lagi kilasan terebut agar dia lebih kuat menjerit. Pantang aku
kalau orang sergah dari belakang macam meor. Tak beradap!
“dah dari tadi duduk termenung macam laki hilang je tu aku sergah.. sorry ya” Meor terus pergi ke mejanya. Aku
kembali duduk dikerusiku. Ingat senang ke nak flashback balik kenangan dulu! Susah tahu kalau bagiku. Azima duduk
dihadapan ku sambil makan coklat. Aku?nak bersembang waktu kerja?walau Azima
mulut becok dihadapan aku ada nak bersembang. Huh!aku tak layan!
Fail-fail kes kembali aku hadap sampai lebam! Azima sedar yang aku tak nak layan dia, terus dia bersembang dengan Meor.
BAB 3
Hari ni dah 3 bulan Adam masuk kerja,
sepanjang tempoh dia masuk kerja dah lama dia tak tegur aku! Apa salah aku ni?
Adam hanya bercakap apabila perlu. Sepuluh patah aku tanya sepatah dia jawap.
Huh!menyampah! dia tak lagi keluar makan bersamaku, malah dia tak lagi senyum
padaku. Aku? Salah orang lah. Kau keras macam batu, aku lagi keras macam besi
kepala kapak. kan aku dah kata, janji manis lelaki.. bagi bunga mahal- mahal tapi bila masuk kerja bukan nak tegur aku. Ingat aku heran!!
Aku lagi
tak pandang wajah Adam. Dia tak senyum aku lagi masam. Dia tak makan dengan
aku?aku langsung tak makan tengah hari. Hati aku lebih keras dari dia tau!
Fail-fail aku teliti lagi, sejak kebelakangan ini kes dadah semakin
menjadi-jadi! Aku tak tahu apalah ada pada pemikiran anak muda yang zaman sekarang.
Mereka seakan cuba nak musnahkan peluang yang ada. Mudah terjebak dengan
godaan.
Mana pergi
iman didada?malah data yang diperoleh dari kerajaan kini menunjukan peratusan
yang mengisap dadah dan menjual dadah ialah orang melayu. Tak payah tengok
contoh yang lain, tengok saja si Penso! Apabila kes ini dibentangkan atau
dibincangkan, pasti ada pihak akan mencari satu watak untuk dipersalahkan dan
watak tersebut tak lain tak bukan adalah ibu bapa! Mungkin juga? Jika dilihat
dari segi kasih sayang. Bagiku kita tak
boleh nak menyalahkan ibu bapa seratus peratus. Ada ibu bapa dah menjalankan
tugas mereka dengan baik Cuma anak mereka yang tak kuat iman. Betul kata
ayahku. Apabila seseorang anak sudah mencapai baligh dia dah boleh berfikir
walaupun dia bukan tergolong dalam agama Islam.
Malah dia
dah boleh masuk Islam jika dia nak, sama dengan dadah! Dia dah tahu dadah
berbahaya malah memudaratkan. Kenapa dia nak terjebak dengan dadah? Sedangkan
ibu dan ayahnya sudah mengajar apa erti dadah? Agama juga melarang kita buat
sesuatu hingga memudaratkan, dadah memudaratkan jika terlebih dos? Disekolah
juga diajar erti dadah dan dilarang sama sekali akan penggunaan dadah.
Rakan-rakan?dalam sepuluh rakan ada seorang yang baik dikalangan yang sepuluh.
Kenapa dia tak kawan dengan yang baik saja? Yang lagi sembilan pedulikan kalau tahu kawan tu memudaratakan diri kita. Mereka ada peluang untuk memilih tapi mereka tetap nak pilih yang buruk. Jadi
kesalahan bukan pada orang lain tapi pada diri sendiri.
Fail
berwarna coklat aku tolak tepi, aku sedih dengan remaja yang dah tersasar.
Bagiku selagi mereka masih hidup selagi itulah mereka boleh berpatah semula.
Aku bangun ke pantri untuk membasahkan tekakku yang semakin kekeringan. Dah lah
tengah hari aku tak makan pun. Ini semua sebab nak boikot Adamlah ni. Setelah
aku buat secawan milo panas, meja makan aku duduk. Letih sangat hingga terlelap
dengan badan menyandar pada kerusi meja makan. Tak lama kemudian aku tersedar,
aku membetulkan urat sarafku. Mengeliat kiri dan kanan. Segar rasanya dapa
terlelap. Hilang sakit kepala.
Air milo
cuba dicapai namun terkejut melihat sebungkus polisterin dihadapan ku. Aku
memegang polisterin itu. Pelik tadi mana ada! Azima ke yang belikan?tapi aku
dah cakap yang aku tak nak makan. Polisterin itu aku buka perlahan. Takut pula
kalau orang punya tapi ini memang aku punya sebab dah tertulis namaku di atas
polisterin dengan mengunakan maker-pen. Terbuntang mataku melihat isinya. Lauk
kesukaanku. Asam pedas ikan patin? Dengan sayur cendawan goreng. Wow! Terliur
aku melihat. Nak ke makan? Tapi siapa yang bagi?Meor?Azima? tuan ? atau ADAM!!
Ya aku yakin dia yang bagi aku nasi ini. Sebab hanya dia tahu lauk kesukaaanku.
Tersentuh
hatiku melihat perbuatannya. Dia masih memikirkan aku walau kami sedang
berperang dingin. Sedih pula! Rasa aku yang jahat pula. Sebenarnya hatiku dah
lama suka pada Adam Cuma ego yang menebal dan tinggi macam KLCC yang membuatkan
aku menepis segala kemungkinan. Aku dah tekad!ini keputusan aku.
Aku menutup
polisterin dan membungkusnya semula dengan plastik. Aku bangun sambil membawa
sekali polisterin tersebut. 2 sudu aku bawa sekali. Aku berjalan ke maeja kerja mencari Adam. Tak
mungkin selamanya aku berseikap begini pada Adam. Bila hati dah sayang, mengaku
sajalah! Apa susah?ni sampai nak boikot bagai?tak penat ke? Marah hatiku pada
ku!
Tak cuba
kelibat Adam! Puas aku keliling pejabat ni sampai ada yang pelik akan perlakuan
aku. Pertanyaan mereka aku hanya jawap dengan senyuman. Nanti! Aku dah tahu
Adam ada dimana. Dia mesti di luar bangunan dan berada dikebun kecil. Aku
berjalan ke luar. Di situ aku melihat seorang lelaki yang gagah perkasa tapi
sedang menyiram pokok. Macho! Aku mendekatinya. Polisterin aku letakan di atas
gazebo. Bagus betul bos kami. Dia segaja mencipta taman mini ini untuk anak
buahnya yang sentiasa serius dan stress dengan pelbagai kes. Tapi tak ada lah
nak curi tulang kesini. Cuma bila dah siap kerja atau dah ting tong kepala
datang je dekat sini.
“Adam”panggilku. Terkeluar juga suara emasku bila berdua dengannya. Adam
tak menyahut hanya meneruskan kerjanya. Aku sentap!
“adam!!” aku
jerit sedikit. Dia memandangku dengan sikap sahaja. Lagi tambah kemarahan aku.
Tapi aku tak boleh cepat melatah. Ini syafikah lah!
“mari makan
sama-sama” ajakku. Aku duduk di gazebo sambil membuka plastik.
“makan
ajalah, aku dah kenyanglah.”tolaknya kemudian meneruskan kerjanya. Aku pulak
bertambah sakit hati dan sentap. Pertama kali rasa nak nangis je. Aku hanya
pandang polisterin itu lama. Tiba-tiba terdengar polisterin disentuh seseorang.
Aku mendongak. Adam membuka kemudian dia menyudu nasi dan menyuap aku. Aku
hanya membuka mulut. Aku betul-betul terharu. Dia sanggup mengetepikan egonya
demi aku. Aku pula menyuap dia. Kami makan dengan senyap hingga habis rasanya
aku paling banyak makan.
“kau
marah aku?”soal aku perlahan. Adam hanya ketawa. Pelik!
“kenapa
kau ketawa” soal aku
“melihat
kau yang lemah ini membuatkan hatiku digeletek” Adam menyindirku. Rimas! Dah jujur saja lah Syafikah oi!
“aku suka kau” fuhh lega sekali cakap. Ehh
asal diam saja mamat ni. penat aku cakap.
“Adam? Kau dengar tak ni?” soal aku.
“dengar”
“abis tu?kau
diam saja? Tak ada apa-apa feedback pun?”soal aku balik. Aduh tak akanlah dah give up! Adam dah tak macho! Aku bangun dengan nafas
yang turun naik.
“kau ni
pelik tahu? Aku tak balas marah, aku balas kau diam! Dah lah!baik aku blah!”aku
terus jalan balik ke pejabat.
“fikahhh..aku suka kau juga” bergema suara Adam di taman mini. Aku
terhenti dan terpaku! Adam oh Adam! Aku tidak pusing kan badan malah pergi.
Adam mengejarku! Ala teringat masa zama kecil dulu. Setiap kali merajuk pasti Adam kejar aku. Dah biar dia
pula pujuk aku! hahaha
“fikah stop
kejap okay?penat kejar kau? Jangan marah lagi! Aku saja je nak uji kau?tak tahu
pulak kau ni jenis yang mudah melatah?” sindir Adam. Membulat mataku apabila
disindir Adam. Amboi!mentang-mentang aku dah declare cinta pada dia. Pandai dia naik minyak ye?
“patutnya
aku lagi marah pada kau.kau tak ingat janji kita dulu malah selama tiga bulan
kau tak pujuk aku. Kalau aku tak bagi nasi tu entah sampai bila kita nak
bersama sampai tua kut!” aku terhenti kemudian aku jeling Adam sepedas yang
mungkin biar pijar muka dia yang macho terlebih tu.
“amboi tak
baik tau jeling bakal suami macam tu.” Merona merah pipiku. Panas membahang
apabila Adam mengusik aku sebegitu.
“sejak
bila pula Saya setuju nak kahwin dengan awak”ujar ku. Amboi syafikah dah tukar
bahasa pulak tu. Bagus-bagus sebagai permulaan. Adam tersenyum bahagia saat aku
mengubah kata ganti nama.
“nak
panggil abang sayang lagi digalakan. Nak lagi manja papa mama”sakat Adam lagi.
Ahh..sakitnya hatiku dikenakan oleh Adam berkali-kali. Aku tahu sejak dari itu
aku dah mula rasa bahagia cinta.
Ohh..Adam...
BAB 4- AKHIR
Aku
bergerak perlahan dari tepi dinding sambil kedua tangan bersedia dengan
memegang pistol. Adam sudah sepuluh minit
masuk ke bangunan tersebut. Dia tak benarkan aku masuk dengan alasan aku
harus tunggu bantuan. Hello!! Aku ni berjawatan inspektor ok! Apa kelas tunggu
bantuan. Tugas aku membanteras jenayah, malah tak akan aku nak duduk diluar
sambil tunggu bantuan.
Aku
menyelinap masuk ke bangunan. Sunyi dan sejuk. Seram pun ada! Seram dengan
musuh yang merupakan penganas dadah.
Pagi tadi kami mendapat tahu markas Harry, pengedar dadah antarabangsa.
Penuh berhati- hati aku berjalan. Tiba-tiba terdengar tembakan dari dekat.
Adam! Hati ku sentap. Pantas aku berlari ke arah tembakan itu. Aku melihat Adam
sedang bersembunyi di balik dinding. Aku cuba menembak ke arah Harry namun tanganku ditepis dari
tepi. Huh! Aku paling tak suka pukul curi.
Aku
bingkas berdiri dan melawan semula. Lelaki tegap berdiri dihadapan aku.
“bitch”
jeritnya kuat. Dia menyerang aku. Aku mengelak kemudian menumbuk perutnya. Dia
tidak mengerang malah makin tegap berjalan kearah ku.
“fikah”
jerit adam. Suara ada tapi tak ada orangnya
“ya”jerit
aku juga.
“kenapa
masuk?degil awak ni?”marah adam. Tanganku ligat mengelak dan menangkis setiap
serangan dari lelaki ini. Mungkin lelaki ni bodyguard Harry ni. Aku cuba
menyerang tapi setiap serangan aku pasti tak berjaya sebaliknya aku mula nyaris
terkena.
“awak ingat
awak saja ke yang berkuasa? Auww” jeritku kesakitan apabila ditampar kerana tak
beri tumpuan. Adam ni pun satu, masa macam ni lah nak ajak lawan suara! Tak
macho sungguh. Nak marah pun kat rumahlah nanti.
“fikah”
panggilnya. Lelaki itu nak menyerang aku lagi. Dia cuba menumbuk aku, namun
tangannya ditahan seseorang. Bau pun dah tahu siapa. Adam menahan tangan lelaki
itu. Kemudia dikilas kebelakang. Dia menumbuk
lelaki itu kemudian menyiku leher lelaki itu dan disudahi dengan dua
jarinya mencucuk halkum lelaki itu. Lelaki itu kesakitan dan terbaring. Pantas
aku mengari kedua tangannya.
Adam
melindungi badanku dari disepak oleh Harry. Kemudian dia menolak aku ketepi.
Mereka berentap dan balas membalas. Aku? Hanya jadi ahli pemerhati. Namun Harry
cepat saja tangannya mencapai kerusi dan membaling kearah Adam dan terkena pada
kakinya. Harry cuba nak menghentak Adam namun ditendang oleh aku hingga terjatuh dan terseret kena dinding.
Pantang aku bila adam disakiti.Adam bangkit dan menjumpai pistol aku yang
terpelanting tadi. Harry menyerang aku. Namun aku tersadung dan harry dapat
tangkap aku. Pisau dileher aku. Aku dapat merasakan ngilu sedikit. Pasti sudah
luka.
Adam
terdiam mungkin dia nak beralah. Adam meletakan pistol. Harry seakan hilang
tumpuan kerana tumpuannya pada pistol. Kesempatan itu diambil aku dengan
menyiku sekuat hati perutnya. Dia mengaduh kesakitan. Adam ambil semula pistol
kemudian menembak kaki Harry. Aku mendekati Harry dan menumbuk dagu dan lehernya. Harry tumbang. Aku pun tumbang namun sempat disambut
Adam.
“fikah”
“abang”
pengsan.
Seminggu
selepas itu aku sembuh dan mula bekerja semula. Selepas aku sembuh, Adam dah
mogok tak nak cakap dengan aku. Mesti kes aku tak ikut arahan. Baru 3 bulan
berkahwin dah gaduh. Huh!
“abang
marah lagi ke?”diam
“abang”
“
Abang”panggilku lagi, pantas aku keluar dari bilik terus ke ruang tamu. Adam
mengejarku dan memegang tanganku.
“sayang
tahu tak betapa terkejutnya abnag sewaktu sayang pengsan.” Ujar Adam. Aku hanya
senyum bahagia. Aku tahu rajuk suamiku tak lama. Malah dia marah pun kerana
sayang. Aku rasa bertuah pabila aku buat janji tu dulu.
No comments:
Post a Comment