Monday, January 8, 2018

IMPIAN
     Impian adalah sesuatu mimpi yang boleh digapai oleh manusia. Mimpi yang indah. Setiap manusia mempunyai impian termasuk aku. Kebanyakan impian manusia semuanya hebat-hebat belaka. Impian ke bintang juga ada. Tapi impian aku tidakalah sehebat mereka, hanya biasa sahaja. Impian aku sering tidak dianggap hebat jika ada yang bertanya akan impianku. Malah mereka akan mengejek impian aku mengatakan impian aku hanya impian sahaja. Tapi aku tak pernah terasa akan penghinaan mereka kerana aku sering berpegang teguh akan nasihat ibu.

    Kata ibu, setiap manusia berhak mempunyai impian dan apa-apa jua impian kita, mereka boleh menghina tapi ia tak boleh menghalang dari kita mengapai impian kita kerana impian itu kita yang cipta. Kata ibu lagi, manusia yang mengejek dan menghina impian orang lain lebih teruk dari orang yang mempunyai impian tapi kata ibu lagi oran yang mempunyai impian tapi tak berusaha mencapai lebih teruk dari orang yang menghina dan mengejek impian orang, ayat ini kadang-kadang aku tak faham dan keliru tapi bila fikirkan balik aku faham.


    Kata ibu lagi, nak jadi orang yang berjaya perlu ada impian. Impian yang murni akan berjaya dan insyaallah sampai ke syurga. Ya allah, kau permudahkanlah setiap impian manusia di dunia ini, Amin. impian aku ialah nak semua manusia sejagat hidup bahagia tanpa ada peperangan. Peperangan sesama manusia untuk menguasai harta, kuasa dan menunjukan kemegahan yang ada.       
                                                                                                   Oleh:  IAN             

No comments:

Post a Comment