Kali ini IAN akan berikan sebuah cerpen khas untuk ibu....
Kasih yang pergi!
“Ibu!ibu” panggil danish melihat ibu yang
baru turun dari bas kilang yang berhenti dihadapan rumah mereka. Baik sungguh
pakcik bas yang sanggup berhenti di hadapan rumah. Haniza yang baru turun
segera terpandang wajah comel anaknya yang berusia 5 tahun. Danish segara
berlari mendapatkan ibunya.
Danish memeluk kuat ibunya. Memang inilah
rutin harian Daanish setiap kali Haniza balik pada petang. Namun kalau malam
atau pagi dia akan tunggu dihadapan pintu sampai tertidur. Malah jika dikalih
akan terjaga dan menangis akhirnya akan dibiarkan sahaja di hadapan pintu.
Haniza memeluk kuat anaknya yang comel ini,
sambil matanya melilau sekeliling
mencari anak lelaki sulungnya, izzuddin yang berusia 12 tahun. Bagi Haniza anak-anaknya adalah
segala-galanya. Haniza dikurniakan dua
cahaya mata, keduanya lelaki.
Walaupun usia perkahwinannya dengan bekas
suami, Hakim dapat bertahan hanya 13 tahun. Haniza tidak pernah mengeluh dengan
apa yang terjadi walau dia terpaksa bersusah jika ia demi anak-anaknya.
Kasihnya pada anak-anaknya melebih segalanya. Dia tinggal bersama ibu dan
ayahnya.
“anish mana along?”soal Haniza. Dia
mendukung anaknya kemudian berjalan masuk ke rumah. Danish mengeleng tak tahu.
“kenapa tak tahu pula? Along pergi kebun
dengan Tokwan tak ajak anish ye?sebab tu anish marah” ujar Haniza. Danish tidak
menjawap tapi tersenyum. Tak lama kemudian Danish menjawap.
“Kalau anish ikut along, siapa nak tunggu
Ibu” penuh kepelatan Danish menjawap.
“ala anak ibu ni, baik sungguh hatinya ye,
sayang sungguh Anish pada ibu” dia mengucup pipi dan dahi Danish. Danish
memeluk ibunya kuat.
“mestilah, ibu harini kan Tok masak sedap.”
Haniza meletakan Danish disofa. Tudungnya di buka kemudian dia duduk disebelah
anaknya.
“Tok masak apa sayang?” soal Haniza
“ayam yang bubuh daun kari tu ibu, lepas tu
ayam upin dan ipin.. sedap ibu jom kita makan lagi” ajak Danish. Haniza
tergelak apabila anaknya tidak tahu jenis masakan. Yang pastinya ayam yang
bubuh daun kari tu mesti kari ayam manakala ayam upin dan ipin mesti paha ayam
goreng. Melihat telatah anak kecil telah menghilangkan segala kepenatan
seharian bekerja.
“anish.. jangan kacau ibu, ibukan baru balik
dari kerja. Anish dah banyak makan harini. Nak makan lagi ke?” soal Tok datang
dari dapur dengan segelas air masak ditangan. Air masak dihulur kepada anaknya
yang keletihan. Kesian melihat anaknya yang sudah setahun berpisah dengan
suami. Ibu mana tak sedih melihat dugaan
anaknya.
“ibu tak perlulah nak sediakan air pada
niza. Buat penat ibu saja. Dah seharian tolong jaga anak niza. Patutnya Niza
yang ambilkan air untuk ibu bukannya ibu.”ujar Haniza yang bersalah melihat
keperihatinan ibunya terhadapnya. Baginya sudah cukuplah ibunya bersusah
membesarkannya selama ini. Mulannya selepas berpisah dia ingat nak terus
tinggal saja di Kuala Lumpur namun tanpa suami dia tak boleh nak tampung
kehidupan mereka anak beranak. Ayahnya, fadzil yang menyuruhnya pulang.
“ala kamu ni. Mari kita pergi makan dulu.
Kami semua dah makan lepas Zohor tadi.”ajak ibunya.
“nanti jelah ibu, ibu.. mana Along dengan
Ayah?”soal Haniza yang pelik tak nampak kelibat ayanh dan anak sulungnya,
Izzuddin.
“betul tekaan ibu. Kamu cari anak kamu yang
sulungkan, Iz dangan Ayah kamu pergi pekan sekejap. Entah apa nak dibelinya.
“ohh..ye ke? Tak apa lah macam tu. Niza
masuk bilik kejap nak mandi.” Ujar Niza meminta diri kemudian air masak yang
dibawa ibunya diteguk habis dan terus dibawa ke dapur. Danish hanya mengikut
haniza dari belakang. Keluarga Haniza memang tiada masalah dalam kewangan
lantaran ayahnya yang memilik banyak tanah, malah dia anak tunggal. Kalau Niza
tak nak bekerja pun tak apa,Namun dia memang dari dulu suka berdikari. Cuma
silapnya dulu dia tak belajar bersungguh-sungguh dan gatal nak kahwin awal.
Mungkin ini padahnya tapi bagi dirinya ini semua satu hikmah. Jika dia tak
kahwin pasti dia tak ada anak-anak yang sangat baik.
“Assalamualaikum” laung Izzuddin dari luar.
Tangannya sarat dengan plastik. Salam dijawap dalam hati. Haniza yang sedang
makan terhenti dan segera bangun ke arah anaknya dan ingin membantu namun
dihalang Izzuddin.
“ibu pergilah makan, inikan kerja lelaki.”
Ujar Izzuddin dengan lembut. Haniza terdiam dan senyum lebar. Dia segera duduk
semula dan menyambung kembali makan. Izzuddin meletakan barang tersebut di meja
dapur. Dia duduk di sebelah ibunya. Izzuddin memang suka melihat ibunya makan.
Tenang dan tidak berbunyi. Waktu ibunya makanlah waktu yang paling senyap. Bagi
Izzuddin ibu wanita yang sangat tegas dalam setiap perbuatannya. Malah ibu
banyak menasihati dia dalam setiap perkara. Teguran ibu tak pernah menyakiti
hatinya malah dia senang. Dia terlalu sayang akan ibunya.
Haniza mengambil lauk sambal udang, kulit
udang dikopesnya kemudian dia menyuap isi udang kepada Izzuddin sambil
tersenyum. Izzuddin terkejut namun mulut tetap menyambut udang itu. Mereka
makan tanpa bunyi dan penuh kasih sayang. Usai makan, Izzuddin mengambil
semangkuk air basuh tangan untuk ibunya. Kemudian pingan diangkat ke dapur dan
dibasuh oleh Izzuddin. Meja makan dikemas Izzuddin, Haniza berlalu ke ruang
tamu. Haniza tak pernah suruh tapi ini kerelaan anaknya sendiri.
Diruang tamu
haniza duduk disofa menonton siaran di televisyen. Danish sudah lama
diulit lena. Kepala Danish dipangku di atas peha Haniza. Izzuddin duduk di
permaidani sambil mengulang kaji mata pelajarannya.
“izz” panggil ibunya. Izzuddin memandang
ibunya. Pelik dengan panggilan ibunya. Dah lama tak dengar ibu memangilnya Izz?
Kali terakhir masa umurnya 8 tahun.
“ya ibu” jawap Izzuddin. Dia menhentikan
perbuatannya.
“mari sini. Duduk di sebelah ibu sayang.”
Ajak Haniza. Izzuddin duduk di sebelah Haniza. Danish disebelah kiri masih
tidur dengan nyenyak.
“Izz, rindukan baba?” soal Haniza. Izzuddin
tak menjawap dan hanya menunduk kepalanya. Anak
mana tak rindukan Ayahnya. Haniza yakin pasti anaknya rindukan ayahnya.
Malah sebelum mereka berpisah pun Izzuddin sangat rapat dengan Babanya. Haniza
perasan akan perangai anaknya yang semakin pendiam . dahulu Izzuddin seorang
yang periang dan banyak ketawa. Namun selepas perpisahan dia dan suaminya,
Izzuddin semakin pendiam dan banyak bersendirian. Anaknya tak banyak membantah
membuatkan hati ibunya senang namun dia menjadi susah hati melihat anaknya tak
banyak tersenyum.
“izz marahkan Baba?” soal Haniza lembut.
Apabila memasuki soal hati, ia perlu selembut yang mungkin tambah pula Izzuddin
mangsa penceraian.
“tak ibu, Izz tak pernah marahkan baba.
Cuma Izz terkilan sebab baba tak pernah nak jumpa Izz. Dah setahun ibu, Izz
Cuma takut nanti Izz lupa wajah Baba.”jujur luahan hati Izzuddin. Betapa dia
merindukan Babanya. Baba terlalu rapat dengannya berbanding ibunya. Malah
setiap kali dia balik sekolah dulu Baba yang dicarinya dulu. Adakah Baba dah
ada anak yang lain?hatinya memberontak namun dia hanya mendiamkan diri.
“maafkan ibu sayang, sebab ibu tak berikan
izz keluarga yang bahagia. Maafkan ibu jika tak bertahan lama demi anak-anak
ibu” tutur sedih Haniza yang sangat
kecewa. Dia agak terkejut akan luah
Izzuddin selepas setahun perceraian dia dan bekas suaminya.
“ibu tak salah pun. Baba pun tak salah. Tok
kata ini semua dugaan Allah. Dia sayangkan Izz sebab itu dia bagi Izz membesar
tanpa kasih sayang Baba. Mesti ada hikmah” Izzuddin cuba menceriakan hati
ibunya yang semakin sedih. Dia tak suka ibunya sedih. Tok banyak nasihatkannya
dalam hidupnya. Terutama dalam menjaga hubungan dengan Allah.
Haniza merasakan dia bercakap dengan budak
berusia 20 tahun. Sungguh matang
percakapannya, mungkin ini hikmah yang Allah kurniakan. Anaknya matang sebelum
waktu. Sekurang-kurangnya dia sempat melihat kematangan anaknya. Haniza
tersenyum lebar. Hati ibunya puas melihat pembesaran Izzuddin. ‘Ya Allah,
berikanlah kasih sayang kepada anakku, berikanlah kekuatan kepadanya dan
ampunilah dosanya Ya Allah. Terima kasih Ya Allah kerana berikan aku anak yang
soleh, amin’ doa Haniza dalam hatinya.
Wajah anak keduanya, Danish yang sedang
tidur kadang-kala bergerak sikit dipandang lama sebelum mengucup dahi Danish
lama. Kesian Danish yang masih kecil berusia 5 tahun sudah ditinggal Ayah.
Waktu itu Danish berusia 4 tahun. Pada mula perpisahan mereka Danish selalu merengek
mencari Babanya, setiap malam pasti menangis kerana babanya tidak menidurkannya
dulu. Haniza pun kurang pasti kenapa bekas suaminya Hakim ingin bercerai. Tiada
ribut, tiada angin Hakim ingin mencerikannya. Katanya dia nak kahwin lain.
Malah dia terlalu mencintai perempuan itu.
Dia tak tahu apa kekurangnya, namun dia
pasrah kehendak suaminya. Akhirnya diceraikan dengan talak satu. Sampai
sekarang dia tak pernah jumpa bekas suaminya. Malah tiada kiriman nafkah. Dia
tak kisah asalkan hak penjagaan anak-anak jatuh ketangannya. Dia tak kisah
malah halalkan segalanya.
“Izz kalau ibu minta sesuatu Izz boleh
tunaikan?”soal Haniza penuh berhati-hati. Izzuddin mengangguk perlahan. Haniza
merapatkan tubuh anaknya dengan dirinya.
Dahi izzuddin dikucup perlahan dan lama seakan tak mahu berpisah dengan
anak-anaknya.
“kalau suatu hari nanti, ibu dah tiada
bolehkah Izz jaga adik dengan baik, didik dan tegur dengan keikhlasan. Bolehkah
anak ibu ini menjaga kedua atuk dan nenek dengan penuh ketaatan. Bolehkah anak
ibu memaafkan babanya?” izzuddin hanya memandang wajah ibunya. Dia tak faham.
Memang setiap kali ibunya rehat diruang tamu dia akan buat kerja sekolah. Tapi
tak pernah dia merasakan perasaan seperti ini.
Entah mengapa sayu hatinya bila meminta anak
sulungnya sebegini tapi dia perlu! Jodoh, maut
Allah tentukan, kita tak tahu bila.
“ibu jangan risau Izz akan ikut pesanan
ibu. Ibu jangan tinggalkan Izz ye. Biar
baba tinggalkan Izz tapi ibu tak boleh. Izz perlukan Ibu, adik pun perlukan ibu.”
Izzuddin memeluk erat Haniza. Izzuddin terlalu sayang akan ibunya.
“Izz janji tau. Seorang lelaki perlu penuhi
janjinya, barulah dipanggil lelaki. Jangan ditangis pemergian seseorang
sebaiknya tadahlah tangan doalah agar kita redha pemergian orang yang kita
sayang.”tegur ibu lagi.
“ibu” terus dia mengetatkan lagi pelukannya,
seakan tak mahu ibunya kemana pun.
Haniza hanya tersenyum. Danish terjaga kemudian dia memeluk mereka
berdua. Tangan mungil yang comel itu cuba nak peluk keduanya namun apakan daya
tak cukup besar. Dia sepertinya nak melindungi along dan ibunya. Haniza dan
Izzuddin tertawa kecil kemudian mereka memeluk Danish.
Telefon bimbit Haniza berdering. Haniza yang
sedang bersiap nak ke kerja pantas menyambut panggilan tersebut. Sempat juga
melihat pemanggil di skrin kaca. Nombor private! Bos ke?
“Assalamualaikum” suara pemanggil memberi
salam. Haniza seakan kenal suara ini tapi dia tak ingat.
“waalaikumusalam”jawap Haniza walau tak
kenal si pemanggil.
“ Hani!” Haniza terdiam tambah terkejut.
Suara ini memangilnya Hani. Hanya seorang saja dalam dunia ini yang panggilnya
Hani iaitu bekas suaminya, Hakim.
“Hani! Hani ke ni? Ni abanglah”
“Abang? Ni encik Hakim ke?” jawap Haniza.
Baginya panggilan Abang hanya untuk suaminya. Lama Hakim terdiam, mungkin
terkejut akan perubahan drastik Haniza.
“ye ni saya” jawap hakim agak termalu sikit.
“ada apa Encik Hakim?” soal Haniza agak
terkejut. Selepas setahun ini kali pertama dia berjumpa. Entah apa mimpi dia
menghubungi aku’ monolog dalaman Haniza.
“boleh tak kalau kita jumpa? Sebab saya ada
hal penting nak bincang.”
“berkenaan apa ye Encik Hakim?”soal Haniza.
Bukan apa kalau soal hati dia dah malas nak jumpa, baginya itu kisah lama. Buat
apa lagi nak jumpa. Atau mungkin dia nak jumpa Izzuddin dan Danish! Mesti dia
nak jumpa. Alhamdulilah.
“saya nak bincang hal Anak-anak” serius Hakim
menuturkan. Tanpa berfikir dia terus setuju.
“baiklah” setelah memberi persetujuan.
Haniza menyuruh Hakim menjemputnya di kilang. Sebelum pergi ke kerja, dia
mencium pipi Danish dan Izzuddin. Malah kedua tangan ibu dan ayah dicium lama
malah dia meminta maaf dan halalkan makan minumnya. Ini apa yang diajar ibu dan
ayahnya Seperti kebiasaannya dia hanya mencium tangan tapi hari ini dia nak
buat lain sikit. Kedua dahi orang tuanya dikucup perlahan. Dia terus keluar.
Usai kerja, dia menunggu dia hadapan kilang.
Menanti kedatangan bekas suaminya. Tak sampai sepuluh minit, kereta vios
berhenti dihadapannya. Tingkap diturunkan tersembul wajah bekas suaminya
tersenyum.
“masuk” tanpa lengah lagi dia terus masuk.
Lama berdiam malah masing-masing agak kekok.
“hani sihat?”soal Hakim. Haniza hanya
menganguk perlahan.
“apa yang Encik nak jumpa saya?”soal haniza
agak serius. Hakim mengeluh, dia berasa tidak selesa dengan panggilan Encik.
“Hani tolong jangan panggil abang Encik,
abang tak selesa. “keluh Hakim. Haniza hanya tersenyum
“encik ingat saya tak selesa ke?setahun tak
timbul tiba-tiba timbul” soal Haniza. Hakim hanya menahan perit. Memang salah
dia tapi apakan daya Sufi mengalami alahan mengandung yang teruk. Dia nak pergi
kerja pun susah. Memang dia ada janji dengan Haniza yang dia akan jenguk
anak-anak mereka sebulan sekali,dan dia rasa bersalah.
“maafkan abang, Sufi dia tak sihat” pendek
hakim berikan jawapan. Haniza memandang wajah Hakim lama kemudia dia menunduk.
Hanya Allah saja tahu betapa pedihnya perasaannya. Hatinya seperti
dirobek-robek dengan pedang yang paling tajam didunia. Air matanya menitis
tanpa disedari hakim. Cepat-cepat dia mengelap air matanya.
“ada apa nak jumpa?” haniza mengalih topik.
“abang nak hak penjagaan anak-anak” ringkas
sahaja namun ia membuatkan Haniza berpaling ke arah wajah Hakim lama. Susah dia
nak faham apa sebenarnya yang Hakim nak kan! Penjagaan anak? Anak yang setahun
dia tak jumpa?tak belai? Kalau tak boleh jumpa telefon kan ada! Sibuk sangatkah
Hakim. Bukankah Sufi segalanya?malah sufi mesti dah lahirkan anak untuk Hakim,
jadi apa perlunya Izzuddin dan Danish.
“Hani dengar tak?bagi abang peluang pula
jaga mereka. Lagi pun Hani boleh cari kehidupan baru tanpa anak-anak. Abang
kesian dengan Hani” Hakim seolah tiada perasaan apabila meminta hak penjagaan
anak. Sedangkan dia tahu Haniza adalah ibu kandung Izzuddin dan Danish.
“apa yang awak merepek ni? Kehidupan baru?
Awak sedar tak bila kita bercerai itu adalah kehidupan baru bagi saya. Dan saya
cukup bahagia bila awak tak mengangu hubungan saya dan anak-anak.”tegas Haniza
berkata. Dia tak kisah kalau Hakim nak apa pun tapi bila hakim nak anak-anak
dia tak boleh. Itulah satu-satunya harta yang dia ada. Dia tak akan biarkan
anak-anaknya tinggal bersama ibu tiri yang belum tahu suka atau tidak, malah
dia belum pernah jumpa wanita itu.
“hani, cuba dengar abang nak cakap apa
dulu. Abang rindukan anak abang.”sedih suara Hakim namun Haniza tergelak.
“rindu? Awak tahu tak maksud rindu tu?
Setahun tau?saya tak kisah apabila awak tak pernah bagi saya nafkah tapi yang
saya kisah selama setahun awak tak jumpa mereka, awak ingat mereka kecil mereka
tak ada perasaan ke? Awak ingat Izzuddin tak rindu kan awak ke? Setahun awak
biarkan mereka sepi tanpa kasih sayang awak.. dan kini awak datang nak ambil
mereka!”
“awak tahu tak Izzuddin dah tak macam dulu
lagi, dia pendiam dan tak banyak ketawa. Susah saya nak tengok dia ketawa lagi.
Danish pula, kalau dulu siang malam menangis mencari awak. Tapi ada awak datang
jumpa mereka? Dan kini awak datang nak berikan mereka kasih sayang!” bergugur
air mata Haniza mengenangkan dugaan anak-anaknya. Apalah salah mereka berdua
yang masih tak tahu apa! Ya Allah kesian anak-anakku.
Hakim terdiam dan hatinya menjadi sayu
mengenangkan perbuatannya. ‘maafkan baba sayang, baba lupa akan hatimu
Izzuddin’ dia tahu dia buat keputusan yang salah. Tapi apakan daya kerana
penzinaannya dengan Sufi membuatkan dia terpaksa menceraikan Haniza. Ya Allah
aku berdosa, kalaulah aku tak ikut nafsu pasti aku bahagia dengan Haniza dan
anak-anakku’ tapi dia terkejut bila Haniza cakap Nafkah tak diberi padahal
setiap bulan dia menyuruh Sufi memasukan sejumlah wang kedalam akaun Haniza.
Sufi! Sufi! Dia mengeleng dengan sikap isterinya itu. Balik nanti dia akan
uruskan hal Sufi.
“saya tak setuju akan cadangan awak! Awak
kan dah ada anak dengan Sufi, saya tak nak nanti anak saya jadi bebanan untuk
isteri awak jaga pula nanti.” Setelah keadaan reda barulah Haniza cakap. Itupun
setelah mereka sampai di hadapan Pantai Pengkalan Balak. Kerusi kayu yang
disediakan diduduki oleh Haniza. Hakim hanya berdiri di sebelah mengadap laut.
“anak saya dengan sufi dah tak ada, dia dah
meninggal semasa dilahirkan, mungkin ini balasanya.” Perlahan Hakim
menjelaskan. Haniza serba salah, kesian Sufi mesti dia sedih akan kematian
anaknya. Memang cerita Hakim sedih tapi dia tak akan berikan hak penjagaan
anak-anak pada Hakim.
“Encik. Saya minta maaf sebab dah ingatkan
encik pada arwah.” Hakim hanya mengeleng menandakan dia tak marah.
“encik, dalam hidup saya ni hanya ada
anak-anak dan ibu ayah saja. Kalau encik ambil anak-anak saya ibarat encik
ambil hati saya. Cukuplah encik biarkan saja kami. Kalau encik rindu datanglah
jumpa mereka, bawa tidur sehari dua pun saya tak kisah tapi untuk mengambil
terus saya tak setuju. Mereka harta yang saya ada. Ia terlalu berharga untuk
diserahkan. Malah encik masih ada dalam hidup mereka walaupun tiada dalam hidup
saya. Malah encik masih ada kuasa keatas mereka Cuma biarkanlah mereka dengan
saya” panjang lebar Haniza meluahkan. Hakim hanya memandang dan mengangguk
setuju. Kesian pula dia melihat wanita setabah ini. ‘maafkan abang Hani’
Setelah berbincang, Hakim menghantar Haniza
pulang sekali nak berjumpa anak-anaknya. Mereka hanya diam dalam kereta.
“maafkan Abang”
“hani dah lama maafkan Encik” ikhlas Haniza
memaafkan Hakim. Hakim memandang wajah Hani lama. Dia dapat rasa ikhlas namun
dia tahu untuk wanita ini sangat terluka. Dia lupa yang dia sedang memandu.
“hakim!” jerit Haniza. Hakim memandang
hadapan waktu itu kereta sudah dijalan yang salah. Kereta dihadapan memberi
lampu isyarat Haniza terus memusing stereng supaya tak melanggar kereta
tersebut. Kereta mereka terus meluncur
laju masuk ke hutan. Difikiran Haniza hanyalah anak-anaknya. Ya Allah sakitnya.
Gelap.
Izzuddin membersihkan wajah ibunya yang
koma akibat kemalangan tersebut. Sudah empat hari ibu berada di wad ICU. Dia
membersihkan badan ibunya dengan penuh hati-hati dengan bantuan Jururawat
disisi. Ini permintaan Izzuddin supaya dapat menjaga ibu yang dalam kesakitan.
Sudah 3 hari dia tak tidur kerana menjaga ibunya.
Selesai
membersihkan ibu, jururawat memintanya keluar. Dia hanya mendiamkan diri.
Langkahnya diaturkan ke surau. Air wudhu diambil dengan air mata yang
berlinangan. Penuh tertib dan lemah lembut. Sejadah dihampar kemudian dia
mendirikan solat asar dan solat sunat. Menitis air matanya apabila takbir.
Selesai solat, tangannya diangkat sambil
mata memandang keatas.
“ Ya Allah, Ampunilah dosa ibuku,
panjangkanlah usianya. Berikanlah aku kesempatan nak jaga ibu. Berikanlah aku
waktu nak berbakti padanya. Sebagaimana dia melahirkan aku, menyusukan aku,
membesarkan aku. Sebagaimana dia menyuci najis ku ketikaku tak berdaya.
Tolonglah ya Allah. Ambillah nyawaku. Kuatkanlah ibuku Ya Allah.
Ya Allah hambamu mohon
janganlah kau ambilnya. Aku
terlalu sayang akan ibuku. Dia terlalu bermakna untuk kami. Aku terlalu sayang
akannya. Ampunilah dosaku dan dosa ibuku Ya Allah” Izzuddin tak mampu
meneruskan lagi. Tersedu-sedu dia
menahan tangisan. Betul dia tak mampu nak membendungkan lagi kesedihan
hatinya. Hakim yang melihat di tepi pintu menangis melihat Izzuddin. ‘Ya Allah,
selamatkanlah ibu anak-anakku. Hakim hanya cedera ringan.
Malam itu, Izzuddin tertidur di atas kerusi
yang disediakan dihospital. Dia memang tak nak balik. Dia nak tunggu sampai
ibunya sedar. Izzuddin sedar namun dia dia tak berada di hospital tapi di rumah
lama mereka dengan Baba. Dia melihat Danish sedang bermain dengan baba diluar
rumah. Terdengar ibu sedang mengoreng sesuatu di dapur. Dia pergi ke dapur
melihat ibu sedang mengoreng bihun sambil tersenyum manis kepadanya. Dia
membalas senyumannya. Terdengar bisikan ‘ingat janji’.
Izzuddin terus tersedar dari tidur kerana
melihat Baba yang sedang membetulakan tidurnya. Dia hanya membiarkan lantas
tertidur sampai siang. Keesokannya masa
subuh tok menyuruhnya pulang untuk kesekolah. Dengan akurnya dia
kesekolah. Teringat janji dengan ibu’ dia taat.
Selepas tamat waktu persekolahan, Baba
menjemputnya. Semasa memasuki perkarangan rumah, dia menjadi sebak melihat
orang yang ramai. Serta merta kolam matanya bergenang hingga dia tak nampak.
Setitis. Dua titis. Akhirnya dia menangis teresak-esak. Tangan menutup muka.
Sambil memanggil “ibu”
Hakim hanya mengelap air mata yang jatuh.
Kereta dah lama berhenti namun Izzuddin tak keluar lagi. Dia terlalu sedih.
Pintu kereta dibuka perlahan. Langkah kaki dibuka perlahan. Van jenazah di hadapan rumah dipandang. Dia tahu
apa maknanya. Ibu!ibu! jerit hatinya. Dia masuk rumah kemudian melihat sekujur
tubuh yang tidak bernyawa ditengah rumah. Air mata yang mengalir ibarat hujan
yang lebat dibiarkan. Tok,Tokwan hanya membaca Surah Yassin. Tokwan hanya
mengelap Air Mata namun Tok tersedu-sedu menahan air mata. Danish pula hanya
berbaring disebelah ibunya dan memeluk kuat. Ramai sungguh yang hadir. Dan
Izzuddin pula..
Dia mengambil surah yassin lalu membaca
perlahan. Betapa sedihnya hati ini hanya Allah yang tahu.
‘ibu kenapa ibu tak kuat?kenapa ibu sanggup
tinggal kami adik beradik. Kenapa ibu tak bertahan walau sekejap. Kenapa ibu
tak bagi Izz peluang nak sayang dan berbakti pada ibu. Pada siapa lagi Izz nak
dapat kasih sayang? Ibu! Oh ibu! Izz rindukan ibu’ lembut alunan suara
izzuddin. Mereka yang lain hanya mampu memandang. Allah lebih sayangkannya.
Air bunga dijag hanya disiram di atas kubur
arwah Haniza. Setelah talkin dibaca semua pergi kecuali izzuddin. Danish hanya
meraung dan mencuba mengorek kubur namun dihalang Hakim kemudiannya Danish
dibawa pulang hakim ke rumah. Tangan izzuddin diangkat sambil matanya memandang langit. Dia tahu
Allah sentiasa ada untuknya.
“Ya Allah Aku redha kalau ini yang
tertulis. Ya Allah ampunilah dosa ibuku, haramkanlah wajahnya dari api
nerakamu, tempatkanlah ibuku dikalangan orang yang beriman amin.”doa Izzuddin
kemudia bangun berjalan pulang.
‘ibu, Izz akan sentiasa ingat janji kita
berdua. Izz akan jaga adik baik-baik. Ibu jangan risau. Ibu nanti tunggu Izz
tau. Izz rindukan Ibu sangat-sangat. Izz yakin semua ini pasti ada hikmahnya.
Hatinya terus kuat demi arwah ibu.
Bukan semua
orang ada ibu dan ayah, bukan
semua orang dapat kasih sayang dari ibu dan ayah, bukan semua orang! Walau masa itu ringkas, sekejap tapi ia
berjalan.oleh itu, Hargailah ibu dan ayah anda. Takut nanti suatu hari nanti
tiada lagi penasihat tegar.by IAN PRECIOUS*
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletems aizawa.. terima kasih atas komen anda, saya buat cerpen ini untuk menyatakan kasih pada ibu saya, maaf sbb tak balas komen anda secepat mungkin. saya sibuk dengan esaimen..hehe
Delete